Tuesday, May 31, 2011

maafkanku sahabat


Selama ini aku cuba memahami ukhuwah fillah.Apa yang aku faham mengenai hadis rasulullah la yu' minu ahadukum hatta yuhibba liakhihi ma yu hibbu linafsih.


Memang mudah diucap dengan lisan aku sayang sahabatku kerana Allah.Tetapi jika kita teliti adakah kita benar sayang sahabat kita kerana Allah?


Aku teringin sekali merasa ukhuwwah fillah yang sebenar.Sekarang ni aku masih x dapat merasa lagi akannya.Ukhuwwah fillah ialah di mana sayang dan cinta kita kepada sahabat kita semata2 kerana Allah s.w.t
Hubungan mana yang lebih hebat jika bukan saling sayang menyayangi kerana Allah azza wa jalla.


Sama - sama muhasabah diri..


Betul ke kita sayang kawan kita,jika dia buat salah sikit kita dah kecil hati?


Betul ke kita sayang kawan kita jika dia buat salah kita biarkan jek


Kita sayang dia ke,kalau kita malas nak kejut dia solat?


Betul ke kita sayang jika dia bersedih kita buat2 x tahu,jika dia lemah kita x beri dia semangat.






Banyak lagi sebenarnya....
Aku reflect pada diriku sendiri.Aku memang sayang kawan2 aku.Tapi aku tahu tahap sayang aku pada mereka belum tahap betul2 kerana Allah...maafkan ku


Aku akan cuba memperbaiki diriku
Buat sahabat2,aku sayang padamu,
Maafkanku kerana tidak menjadi sahabat yang baik,
Aku ingin kita semua bersahabat sampai ke syurga...


Aku tidak mahu hanya mengenalmu di dunia
Tapi aku ingin berjiran denganmu di syurga
Aku sayang padamu sahabat2,
Tegurlah kesilapanku,
Maafkanku yang banyak kekurangan ini..


Maafkanku yang jarang memberi nasihat dan semangat,
Maafkan ku kerana kurang prihatin akan keadaanmu,
Berikanku peluang untuk memperbaiki diriku,
Aku akan cuba mempraktikkan ukhuwwah fillah yang sebenar2..




.

No comments:

Post a Comment