Friday, July 29, 2011

Bukan satu pengakhiran.(selamat tinggal 2nd year)

\Bismillah..Dengan Nama Allah.

Begitu pantas masa belalu.Seolah - olah baru semalam aku menulis http://akuseorangdaie.blogspot.com/2010/12/tahun-dua-di-mesir.html
Masa begitu penting bagi seoang pelajar.Hanya oang yang bijak menggunakan akal fikirannya dapat menggunakan masanya untuk pekara2 yang berfaedah.Allah telah berfirman Demi Masa Sesungguhnya Manusia Dalam Kerugian..


Pelbagai ujian dan dugaan aku tempuhi.Ujian pelarjaan,sahabat,dakwah dan lain2 lagi.Kiranya jika aku diberi plihan untuk mengulang masa sebelum ini rasanya tak terdaya aku nak mengulanginya semula.


Tetapi,jika  mengikut fakta sebenar ujian yang diberi tuhan kepada aku x sehebat ujian para rasul yang diberi utusan untuk menyampaikan islam.


Aku sangat bersyukur kerana ALLAH memberi aku peluang belajar di Mesir.Selama aku duduk di sini aku kenal dengan ramai orang yang hebat2 dan boleh dijadikan contoh.


Mereka bukan sahaja hebat dai segi akademik malah dalam berpersatuan,berdakwah dan lain2 lagi.


Aku juga jumpa ramai kawan2 yang peramah,baik hati dan sentiasa membantuku dalam susah dan senang.

Terima kasih Ya Allah..

Sahabat2 sekalian...


Jika kita imbas dan renungkan sejenak betapa banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Semalam aku pergi Hussin (pasar di kaherah).Aku lihat seorang pakcik tanpa tapak kaki di sebelah kanannya dan tanpa betis di sebelah kaki kirinya.Beliau tidak memakai alas untuk berjalan.Di bawah kakinya yang kodong terlihat nyata bekas berjalan.


Subhanallah...Maha Suci Allah


Jelas kelihatan tulang tibia dan tulang fibula.Namun pakcik tersebut tersenyum riang tanda syukur atas kehidupan yang masih diberikan Allah.


2 tahun di Mesir aku bukan sahaja belajar medik.Tetapi aku belajar kehidupan.Makin banyak aku belajar semakin banyak aku tidak tahu.

Banyak contoh yang baik yang boleh kita ambil oleh orang di sekeliling kita.Kita kena sentiasa ingat.Allah lakukan sesuatu pasti ada sebab dan musababnya.


Kadang2 kita tertanya kenpa Allah uji aku degan itu dan ini.Kadang2 kita tertanya kenapa Allah jumpakan aku dengan oraang yang macam ni.Yakinlah semua ini ada sebabnya.Carilah sebabnya dan pelajarilah darinya.


Lalat yang hinggap di baju kita pun pasti ada kebaikan dan iktibar yang boleh kita dapat.


InsyaAllah selepas ini aku akan naik tahun 3.Rasa diri makin besar,tanggungjawab makin banyak.Ya Allah berilah aku kekuatan......


WALLAHUALAM...

Thursday, July 21, 2011

Jangan lupa



Manusia memang diciptakan dengan keadaan lemah.Ia ada disebut dalam alquran.TAPI jangan lupa Allah suka muslim yang kuat daripada lemah

Mearancang itu memang tanda-tanda orang berjaya.TAPI jangan lupa menyebut insyaAllah kerana Allah sebaik-baik perancang.

Belajar dan menuntut ilmu iti memang wajib TAPI jangan lupa solat awal waktu,doa,tawakal adalah penting.

Manusia memang melakukan kesilapan,kesilapan kecil kesilapan besar TAPI jangan lupa kesilapan yang kerap merugikan diri kita sendiri.

Cinta sesama manusia itu memang manis TAPI jangan lupa cinta Allah lagi manis dan abadi.

Kegagalan memang pahit TAPI jangan lupa kegagalan yang membuat kita BERJAYA.


"DOA,USAHA,TAWAKKAL" yakin lah setiap apa yang berlaku adalah kebaikan yang diberikan Allah untuk kita.

Friday, July 15, 2011

TUDUNGKU BUKAN TUDUNGMU

Bismillah...

Assalamualaikum,salam sejahtera.Dah lama aku x menulis.AL -maklumlah sedang fatrah peperiksaan.

Situasi 1:

Kawan: Zaty apsal kau pakai tudung labuh?

Aku :   erm...sebab aku sekolah agama.(jawapan masa zaman jahil dulu,tu yg skejap labuh skejap pendek)




                                                               pilih yang mana satu ?


Situasi 2

Kawan: Zaty,kenapa kau pakai tudung labuh?
Aku: Kerana rasulullah suruh.Rasulullah suruh tutup dada,jangan berlebihan dalam tabaruj,.(ni bile dah ade ilmu,harap berkekalan)

-”Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur 
: 31)

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).

Bila lihat kembali situasi A,jika itulah penyebab kita pakai tudung /tudung labuh sia2 sahaja kita belajar dekat sekolah agama.
Belajar sekolah agama 5 tahun tapi ilmu yang difahami lebih rendah daripada yang x sekolah agama.

Dan apa yang menyediihkan lagi ialah apabila sudah 5 tahun belajar di sekolah agama kemudian free hair pulak.Makna kata,apa yang dipelajari selama di sekolah agama gagal menjadikan dia seorang yang faham.Sayang seribu kali sayang....

Nak salahkan siapa?
Cikgu yang gagal memahamkan anak murid?
Kawan2 yang x beri support untuk pakai tudung?
Keluarga yang tidak tegur apabila decide nak free hair?
Atau diri sendiri yang tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari?

Tepuk dada tanya IMAN...

Kita lihat pula situasi B,memakai tudung kerana rasulullah suruh.Makna kata kalau rasulullah tak suruh tutup rambut,tak payah lah pakai tudung.


Jadi,jawapan sebenar kenapa kena pakai tudung ialah kerana perintah Allah dan rasul.Bukan kerana memang dah diajar dari kecil,bukan kerana mak suruh dan bukan kerana sekolah agama.

Tapi,kenapa kau pakai tudung labuh?pakai tudung biasa je kan boleh,tutup dada juga.


Ye.memang dah menutup aurat jika pakai tudung yang tidak begitu labuh.Tapi aku pakai kerana banyak tujuan.Antaranya:

1.Pakai tudung labuh untuk mengelak fitnah.
Contohnya :aku pergi jalan2 dengan abang aku.Biasanya kalau aku pakai pakaian biasa(jeans,t shirt,tudung indon)pasti orang akan fikir aku jalan dgn pakwe.Tapi kalau aku pakai tudung labuh,jubah orang akan fikir 'jalan dgn suami dia tu/abang dia tu..xkan orng pakai mcm tu bercouple.

2.Untuk jauhkan diri daripada dosa.
Contohnya:Bila kita pakai tudung labuh,secara automatik kita akan malu nak buat dosa.Aku akan rasa malu nak meliar mata tengok ajnabi bile aku pakai tudung labuh.hu2

3.Ikuti contoh orang2 alim.
Aku tengok orang2 alim semua pakai tudung labuh,berjubah.Aku tak lah alim pun,tapi insyAllah bile kite ikut cara orang2 alim berpakaian kita pun menjadi sebahagian daripada mereka.

4.Tujuan keselamatan
Tudung pendek ni kurang selamat.Kenapa?Sebab bila tiup angin sikit dah terbang habis.Kalau pakai tudung labuh tiup angin sikit terbang sikit jek....chill...*_*


Tu je kot buat mase ni..salam imtihan untuk mereka yang akan menghadapi peperiksaan.



Tuesday, July 5, 2011

WE ARE REAL MUSLIM


Bismillah..
Entry kali ni xde apa pun just nk kumpulkan gambar yang telah di buat oleh sahabiah2 di WARM.
W\ARM banyak juga telah memberi impak kepadaku.Aku sangat hargailah mereka yang bersusah payah menjayakan program ini.syukran.

Semalam aku pergi Talk by Idris Tawfik 
Dia ni convert.Dulu seorang paderi,sekarang jadi aktivis islam yang sangat aktif menyebarkan dakwah.Kagumnya.Aku sempat menemuramah dia.Dia pesan kat aku.
If we want to talk about Islam to others tell other atrraction first.Tell about football,game and then u tell about Islam.Show them that Muslim also enjor their life.And ALLAH know what the best for us.And this is why He haram something that will harm you.









WALLAHUALAM

Sunday, July 3, 2011

DAKWAH BUKAN JALAN MUDAH

Bismillah...

Harap tidak salah menulis.


Assalamualaikum, semua.Entry kali ni nak menjelaskan serba sedikit kekocohan yang berlaku di I mumtaz disebabka oleh aku. 


Pertama kalinya aku memohon perlindungan Allah daripada menulis mengikut hawa nafsu.Kedua aku minta maaf jika aku melakukan sebarang kesilapan kepada semua.


Aku seorang manusia yang biasa.Banyak melakukan kesilapan.Aku sangat suka rogram yang sedang berjalan sekarang apa dia?


We Are Real Muslim.
But,are we the real muslim if we did not do nahi mungkar.Adakah kita benar2    seorang muslim jika kita tidak melakukan nahi mungkar?

Ceritanya begini...


Di satu hari yang berakah aku dan kawan2ku merancang untuk berkelah di pantai bersama2 adik2 1st Year.





Sedang kami menunggu sahabat2 yang lain datang tiba2 aku ternampak seorang perempuan melayu,aku tak cam siapa.Sebab jauh  + aku ni rabun.Mana tahu melayu ?sebab aku nampak cara pemakaiaan dia.


Aku pun melambai ke arahnya.Kerana aku menyangka dia adalah adik 1st year yang nak join berkelah ni.
Kemudian baru aku perasan ada beberapa lelaki melayu yang aku kenal.


Malunya aku..aku dah salah  orang.Aku ingatkan budak2 1 st year.Rupanya budak batch aku.Aku sebenarnya x kenal pun siapa.Sebab honestly aku belum kenal semua rakan2 batch tahun 2 even satu lecture pun aku x kenal.Satu section jek aku kenal semua.


Kawan yang duduk sebelah aku kat tepi pantai pun berkata:


Eh,diorang buat apa tu?Kita kene cegah ni zati.Nanti kita tegur mereka jom.


Aku senyum kepadanya.


Dalam hatiku berkata:
Ya Allah aku x kuat nak tegur mereka.Bantulah aku Ya Allah.





Adik 1st year bertanya:
Siapa tu kak?Batch akak ke?


Aku sekadar memberi senyuman.Ya Allah kalau aku x cegah ni,nanti mereka ingat aku menghalalkan apa yang telah Kau haramkan.


Baiklah,lepas ni aku cegah insyaAllah.Tapi,kemudian mereka ini(kawan2 batch aku ni) pergi meninggalkan kawasan pantai yang ada kami.Mereka ke pantai tempat lain xtahu kat mana.


Hmm..kalau camtu x payah tegur lah.


Bila aku pulang ke rumah,hatiku berkata 
`Zati berapa banyak lagi kemungkaran yang kau nak diamkan
Kau kan dah ada ilmu,




"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia 


mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu 


hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu 


hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang 


demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)




So,aku nak tegur tapi aku xkenal siapa perempuan tu.So baru aku teringat kita ada Imumtaz.Aku pun post la,supaya orang yang pergi tu baca.
Dan supaya mereka tahu sebenarnya Allah tidak membenarkan percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu majlis kecuali beberapa perkara seperti jual beli,sessi pembelajaran dan pekerjaan. nak tahu mengenai hukum ini sila layari http://www.firdaus86.web.ugm.ac.id/c/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=20 banyak lagi blog2 mengenai hukum ni.



Kemudian lepas 2 jam aku post aku buka lah semula facebook.Ingatkan xde orang respon.Rupanya dah 50 lebih orang respon.Baru aku tahu mereka buat section 7 punya picnic.


Aku baca,post2 yang kawan2 aku bagi.Ada yang setuju dan ada yang x setuju.


Ya Allah,aku buat silap ke dengan post bnda ni kat wall iMumtaz.
Xsangka  boleh jadi macam ni pula...Sebab ada yang kata,apa yang aku buat ni boleh membuat mereka semakin lari daripada Islam.Ya Allah ampunkan aku..




So,di sini aku minta maaf.Aku seriusly xde niat nak mengaibkan kesalahan orang.
Dan cara aku salah jika aku tahu memang korang buat section 7 punya picnic.
Seriusly,aku banyak kekurangan.Lepas ni mungkin aku buat silap.Korang tegurlah aku.


Dan niat aku x lebih daripada ingin memberitahu yang hak.

Kepada sec.7 aku minta maaf sebab aku x tahu hal sebenar sehinngga apa yang aku buat memburukkan keadaan.Dan kawan2 sec.7 maaf aku x kenal semua.
Aku tahu korang pun ade yang xkenal aku

Buat kawan2 yang menyokong jalan dakwah.Teruskan pejuangan.Ikhlas kan hati.Memang salah jika kita mengaibkan kesalahan orang.
INGAT!!Niat yang utama nak mendekatkan diri kita dan rakan2 kita kepada Allah.
Amar ma'ruf dan Nahi Mungkar yang paling utama ialah kepada diri sendiri.Kita dok sibuk tegur kesilapan orang lain,ajak mereka kepada kebaikan seringkali kita lupakan orang yang paling penting untuk kita amar ma'ruf dan nahi mungkar iaitu kepada diri kita sendiri.


P/S:kat blog memang guna perkataan 'aku' kerana lebih selesa.Maaf jika rasa ianya kasar bunyinya.




 comel kan barbie ni?