Saturday, December 17, 2011

JANGAN KATA 'DAH PENAT'...

Bismillah..

Penat la...Penat dah ajak orang tu buat baik.Penat dah tegur dia jgn buat benda tu.Penat dah nak jadi ajk2 PCI ni..

Hmm...kadang2 memang ada terlintas ayat2 macam ni.Ternampak kelemahan diri.
Teringat kata2 rasulullah s.a.w

'Mu'min yang kuat itu lebih disayangi Allah berbanding Mu'min yang lemah'

Mungkin  kita lupa  dengan usaha2 baginda.Bagaimana usaha keras baginda Rasulullah s.a.w menjadikan Islam terserbar di seluruh dunia.Kalaulah Rasulullah tahu ada umat sepertiku..pasti baginda sedih.




So...
Tak kan kita nak berhenti ketika kaki masih boleh berjalan?
Tak kan kita nak mengalah ketika Islam belum menang?
Tak kan kita nak penat ketika orang lain semua sedang bekerja?

So,sahabat2 dan diri aku sendiri.Ayuh rapatkan saff....kita berjuang selagi masih bernyaWA

Monday, December 12, 2011

TIPS MENGUNDI

Bismillah...


Sejak dua menjak rajin pulak aku meng'update' blog ni.Alhamdulillah nikmat masa yang Allah kurniakan.


Tapi kadang2 kalau banyak sangat masa singgang jadi ujian pada diri kita juga.






Post kali ni sekadar PENDAPAT,bagaimana nak memilih calon2 yang sesuai untuk menjadi AJKT PERUBATAN 2012/2013.






Erm..bagaimana agaknya ye???


Jika semua perasan calon kali ni MasyaAllah hebat2 belaka.Baik AJKT ikhwah mahupun akhawat.Calon untuk pengerusi dan timbalan lagi lah aku pening nak pilih yang mana.


Okay antara tips2nya ialah:


1-Mestilah pilih agamanya.
Tak bermaksud dia kene bersongkok atau bertudung labuh.Selagi dia terkenal dengan baik akhlaknya dan tidak melakukan perkara2 yang mungkar maka undilah dia.






Antara calon yang bertanding..LIYANA ZULKEFLI

2-Perhatikan menifestonya
Siapa kata menifesto tak penting?Dengan ada nya menifesto lah baru kita dapat menilai apa yang ingin dibawa oleh calon ke dalam PCI.


antara menifesto ialah:

~MEMARTABATKAN ILMU,MEMNTAPKAN SAHSIAH DAN MENUJU KERDHAAN ALLAH~ (liyana zulkefli)

Jika menifesto yang diterangkan nanti difahami,dihayati dan pengundi yakin membawa kebaikan kepada PERUBATAN maka undilah si calon tersebut.




Mantap2 calon pengerusi dan timbalan...


3-Lihat si pencadang dan penyokong.
Jika kita tak kenal calon tu siapa.Barangkali junior atau senior kita.Atau kita tak berapa rapat dengan dia.Kita lihat siapa yang cadang beliau sebagai AJKT.Jika yang si pencadang itu kita kenal dan orang yang boleh dipercayai.Tiada raguan pada diri kita maka undilah si dia.





Kalau abg Rahim atau kak yani yang cadangkan atau jadi penyokong maknanya mereka percayai kebolehan calon itu.




4-Lihat PR atau PUBLIC RELATIONSHIP dengan masyarakat.
Jika dia ni memang terkenal dengan suka cari gaduh dengan orang atau kasar bahasa-bahasa yang digunakan.Atau sering menggunakan bahasa yang x sedap didengar dan boleh mengguriskan hati maka tak perlu lah undi dia kerana bimbang akan timbulnya kepincangan - kepincangan yang tak diingini dalam persatuan.






Dan kerana akhlak Rasulullah adalah akhlak yang terbaik.Dan bahasa yang digunakan Rasulullah sangatlah lembut dan sedap di dengar.








5-Dan akhir sekali tanya pendapat senior2.
Kerana apa?senior lebih tahu cara calon bekerja.Kalau tanya housemate atau sahabat dia barangkali mereka tidak tahu cara calon bekerja dalam persatuan.Dan si calon mestilah sayang perubatan.






Tanyalah mereka....


WALLAHUALAM..sekadar pendapat.

Sunday, December 11, 2011

MACAM MANA NAK SOLAT JENAZAH?

Bismillah..


Tadi lepas kelas singgah solat zuhur di masjid sebelah uni sekejap.Aku tengok ramai betul orang dekat masjid.
Hmm..mesti ada orang meninggal...


Ramai yang memenuhi masjid Abdul Nasir ni.Temasuklah pelajar melayu macam aku.Dari tahun 1 sampai tahun 3.Ada yang aku kenal ada yang aku x kenal.Maklumlah lambakan pelajar medik di Mesir.


Terdengar tangisan-tangisan keluarga si mati. Entah siapa agaknya jenazah ini ketika dia masih hidup.Mungkin kanak-kanak,mungkin orang tua.Mungkin lelaki.Mungkin juga perempuan.


Lepas solat zuhur berjemaah.Semua jemaah berdiri untuk tunaikan solat jenazah..adalah seorang hamba Allah tanya aku macmana nk solat jenazah.Aku pun lupa..Alhamdulillah imam masjid tu ajar dulu sebelum solat.


Tapi,untuk lebih informasi dan untuk meningkatkan ilmu yang cetek aku ada baca2 blog ustaz2 tentang cara2 solat jenazah yang sebenar agar kita tidak taklid buta..jom kita baca sama2...
1-Bacaan selepas salam pertama:
-Surah Al - Fatihah


2-Bacaan selepasa takbir kedua :


-selawat ke atas nabi muhammad s.a.w



3)Bacaan selepas takbir ketiga 


-doakan jenazah jom hafal dan faham makna



4-Bacaan selepas salam keempat:



Entah bila tiba masanya kita pergi.Agaknya ada tak yang solatkan untuk kita nanti.Sama-sama lah kita mengharapkan kematian yang baik.

'
Ya Allah kau matikanlah aku dalam syahid di jalanMu ya Allah.Dan matikanlah aku dalam kemtian yang baik (husnul khatimah).'

Wallhualah...

Friday, December 9, 2011

PERMAINAN SEMATA

Bismillah...


Kadang - kadang diri sering mengeluh atas apa yang terjadi pada diri kita saban hari.Mengapa begini , mengapa begitu?


Tetapi sering kali kita terlupa bahawa apa yang terjadi pada diri kita di dunia ini adalah permainan semata-mata.Allah berfirman :

Ketahuilah,sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah


permainan dan sesuatu yang melalaikan...."




 (Al- Hadid: 20)


Apa yang penting sebenarnya ialah di sebalik apa yang ada di dunia ini.Allah sentiasa sayangkan kita,pasti dia beri yang terbaik untuk kita.Di dunia inilah tempat kita diuji untuk dapat yang terbaik di akhirat.


Hassan Basri menyebut kita ini adalah sebahagian hari-hari.Jika sebahagian hari-hari kita telah tiada maka tiadalah kita di dunia ini lagi.


Apa yang penting dalam kehidupan ini adalah amalan kita.Dan amalan itu bergantung pada 2 perkara :


1-NIAT kita 


 “Segala amal itu tergantung niatnya'


(Bukhari no. 1 dan   Muslim no. 1907)






2-PENUTUP KEHIDUPAN


“Dan sungguh amalan itu ditentukan dengan 


penutupannya.” (HR. Al-Bukhari no. 6117)






 Jadi,usah mengeluh atas apa yang berlaku dalam kehidupan ini.Dunia amat kerdil untuk dibandingkan dengan akhirat.Bersama kita melangkah kepada yang lebih baik untuk diri kita.


-SALAM MUHARRAM-

Monday, November 28, 2011

TIPS DARI EXCELLENT GIRLZ

Bismillah...


7 hari Allah jadikan dalam seminggu.
30 hari Allah jadikan dalam sebulan.
12 bulan Allah jadikan dalam setahun.
Angka ini bukan sekadar angka,tapi angka2 ini lah yang akan menjadi saksi di atas kelakuan kita di saat2 kita hidup di muka bumi Allah Azza Wa Jalla ini


Salam Maal Hijrah..sekadar pembuka kata.




Post kali ini sebenarnya nak bagi guide line cara study untuk adik2 tahun 1 yang tersayang(adk2 SC)


Buat adik2 yang baru nak mentatih dan masih berfikir - fikir sampai jadi pemikir cara2 untuk study medik,terimalah akk bagi tips2 dari kawan2 akak yg excellent..




1~NOR ADIBAH AMINAH BT MOHD AMIN


Akak ni memang akak kagum la dgn dia.Dia AJKT unit Ekonomi sesi 2010/2011.Pernah ditabalkan miss mumtaz ideal dalam batch kami.Dia pandai nak bagi masa study,berniaga,berpersatuan,bersahabat dan lain2.
Bila akak tanya nak minta tips2 kejayaan dia terus bagi:


1-Sebelum study istigfar 3 kali 
Ilmu itu milik Allah,bagaimana ilmu nak masuk kalau diri banyak buat salah dengan Allah.


2-Kalau susah nak hafal/nak faham,pegang dada kemudian doa agar Allah permudahkan.






Ni la kak adibah aminah,rajin dia study(ambil dari fb dia)
3-Doakan orang lain
Malaikat akan doakan kita


4-Baca terus ingat.
Maknanya jangan baca dulu hafal kemudian.Memang kita akan lupa,tapi xpe.Lupa itu adalah anugerah Allah.Hafal semula.Dpat pahala.


5-Imaginasi
Maknanya sambil baca dan ingat tu,bayangkan kedudukan ayat tu kat mana kat dalam buku.Kat tengah ke,tepi ke.


6-Masa exam dapat kertas jangan sentuh dulu.Baca 3surah terakhir dalam al-quran baru jawab soalan.


Baca Bismillah dulu baru jawab...



7-Jangan cemburu kejayaan orang lain.


8-Jangan doa nak dapat excellent.Tapi doa supaya Allah bagi yang terbaik untuk kita.


2~AKAK FARAH HANNA BT ROSLAN


Kak Farah ni orang panggil dia 'RAAN'.Dia mentor akak.Akak selalu rujuk dia kalau akak x faham lecture.Dia ajar akak faham dan dia sangat cool.


tapi,akak x de tulis tips2 dari dia.Tapi akak tengok dia ni :


1-Rajin study group




Banyak kebaikan study group ni

2-Faham dalam lecture


3-Sangat hargai masa


xde gambar kak fara kat fb dia.ade gmbar pasport dia jek.

kalau nak tahu lebih lanjut layari blog kak fara http://watashiwakawaiidesune.blogspot.com/


Setakat ni dulu untuk adik2.InsyaAllah kalau nak apa2 bantuan mintalah daripada akak2.Kami sedia membantu.Ramai lagi kawan2 akak yang excellent.Tapi mereka berdua ni selalu tolong akak dan akak rapat dengan mereka.Wallahualam....



PROMOTE:Nantikan kedatangan LIFE di Iskandariah,Khas buat adik2 tahun 1.

Friday, November 25, 2011

Sayang Ayah...

Bismillah...


Assalamualaikum,dah lama x update blog disebabkan periksa.Habis exam ditakdirkan aku demam.


Biasalah duduk mesir setiap kali masuk winter pasti akan mengalami demam,batuk,selsema dll.


Rawatan :makan lah habatus sauda'(sebenarnya sebelum sakit kene makan,bukan tengah sakit baru nk makan)




Sakit2 ni xtahu kenapa teringat kat ayah n ibu je..


Tapi,entry kali ni aku nak lebihkan kpd ayah.Bukan aku sayang ayah lebih,TIDAK....
Tapi,aku dapati kalau ayah ni kita kurang sikit lebihkan dia.Macam ayah aku,dia memang x banyak cakap.So,memang kalau ade apa2 masalah aku akan beritahu mak aku dulu.So,kali ni kita selami hati seorang ayah.










Jom kita ambil contoh yang terbaik,bagaimana nabi muhammad s.a.w mengasihi saydatina fatimah..
Pernahkah Anda mendengar hadist yang berbunyi, Fatimah adalah bagian dariku. Siapa yang menyakitinya, artinya ia menyakitiku. Siapa yang membuatnya bahagia, artinya ia membuatku bahagia. Siapa pun akan sepakat bahwa hadist di atas menunjukkan betapa sayangnya Rasulullah kepada Fatimah Az Zahra.


Saya pasti ayah kita juga begitu.Bagaimana ayah kita korbankan harta untuk memastikan kita memperoleh kehidupan yang selesa,ilmu yang bermanfaat dan lain2 lagi.






Sahabat yang dikasihi sekalian,sebenarnya aku akui ada juga disekeliling kita yang tidak bernasib baik mendapat ayah yang kurang bertanggungjawab.Tapi,ini bukan alasan untuk kita tidak menghormati beliau.
Kerana dia,kita berada di dunia ini.




Sahabat,aku pernah mendengar cerita seorang ayah yang meninggalkan anak2nya kerana tidak mampu menjaga atas faktor2 kewangan.Apabila sudah tua ayah tersebut ingin mencari anak-anaknya,malangnya anak2 tersebut tidak dapat memaafkan ayahnya.






Jika difikir-fikirkan kembali,memang ayah tersebut ayah yang tidak bertanggungjawab.Tapi kita sebagai anak janganlah ikut jejak langkah ayah yang tidak bertanggungjawab itu.Jadilah anak yang bertanggungjawab.

Penah x dengar cerita di zaman nabi musa ada seorang anak soleh yang tetap menjaga ibu bapanya walaupun ibu bapanya bertukar wajah menjadi babi akibat derhaka kepada Allah..ambil lah contoh dari sikap pemuda ini.


Allah berfirman : Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;


Rasanaya setakat ini dahulu.


~Nasihat saya hormatilah ibu bapa kita walaubagaimana pun cara dia membesarkan kita.


~Orang yang rugi bukanlah orang yang tidak merasai kasih sayang ibu bapa(anak yatim) tetapi 
   orang yang rugi ialah yang tidak menjaga dan mengasihi ibu bapanya ketika dia masih hidup.


~Semoga sentiasa perbaiki amalan dan meningkatkan iman.











Sunday, November 20, 2011

PILIHANRAYA SEMAKIN HAMPIR....

AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT DAN
PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUAN
SESI 20011 – 2013
1.PRESIDEN : YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG 
2.TIMBALAN PRESIDEN : TUAN HAJI MOHAMAD SABU
3.NAIB PRESIDEN: YB SALAHUDDIN AYUB
4.NAIB PRESIDEN: YB DATUK PADUKA HAJI HUSAM MUSA
5.NAIB PRESIDEN: YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR
6.KETUA DEWAN ULAMAK: YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
7.KETUA DEWAN PEMUDA: USTAZ NASRUDIN HASSAN THANTAWI
8.KETUA DEWAN MUSLIMAT: YB SITI ZAILAH YUSOF
9.SETIAUSAHA AGUNG: DATO’ HAJI MUSTAFA ALI
10.PEN. SETIAUSAHA AGUNG: YB DATUK TAKIYUDDIN HASSAN
11.PEN. SETIAUSAHA AGUNG: YB DR SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI
12.PEN. SETIAUSAHA AGUNG: TUAN AHMAD SABKI YUSUF
13.BENDAHARI PAS PUSATYB DATO’ USTAZ HAJI ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN
14.KETUA PENERANGAN PAS PUSAT: DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN
15.KETUA PENGARAH PILIHANRAYAYB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI
16.AHLI JAWATANKUASA KERJA: TUAN MAZLAN ALIMAN
17.AHLI JAWATANKUASA KERJA: YB DATO' KAMARUDIN JAFFAR
18.AHLI JAWATANKUASA KERJA: TUAN HANIPA MAIDIN
19.AHLI JAWATANKUASA KERJA: YB DR DZULKEFLY AHMAD
20.AHLI JAWATANKUASA KERJA: YB DR MUJAHID YUSOF RAWA
21.AHLI JAWATANKUASA KERJA: YB HJ KHALID ABD SAMAD
22.AHLI JAWATANKUASA KERJA: USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN
23.AHLI JAWATANKUASA KERJA: YB IR AMIRUDDIN HAMZAH
24.AHLI JAWATANKUASA KERJA: YB HJ ABDUL WAHID ENDUT
25.AHLI JAWATANKUASA KERJA: DATO' USTAZ ABU BAKAR CHICK
26.AHLI JAWATANKUASA KERJA: YB DATO' USTAZ MOHD AMAR ABDULLAH
27.AHLI JAWATANKUASA KERJA: DATO' DR MAHFODZ MOHAMED
28.AHLI JAWATANKUASA KERJA: YB DR SITI MARIAH MAHMUD
29.AHLI JAWATANKUASA KERJA: YB DATO' DR HASSAN MOHAMAD ALI
30.AHLI JAWATANKUASA KERJA: USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
31.AHLI JAWATANKUASA KERJA: YB DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK
32.AHLI JAWATANKUASA KERJA: USTAZAH NURIDAH SALLEH
33.AHLI JAWATANKUASA KERJA: YB USTAZ NASHARUDIN MAT ISA
34.AHLI JAWATANKUASA KERJA: USTAZ IDRIS AHMAD
35.AHLI JAWATANKUASA KERJA: HAJI ASMUNI AWI
36.AHLI JAWATANKUASA KERJA: YB DATO' SERI IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
37.AHLI JAWATANKUASA KERJA: TUAN ZULKEFLY MOHAMMAD IMAR
38.AHLI JAWATANKUASA KERJA: ABANG AHMAD KERDEE MASAGUS

PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI

1.PESURUHJAYA PAS KELANTANYAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
2.PESURUHJAYA PAS TERENGGANUYB ABDUL WAHID ENDUT
3.PESURUHJAYA PAS PERLIS: YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
4.PESURUHJAYA PAS KEDAH: YAB DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK
5.PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG: YB USTAZ MOHD SALLEH MAN
6.PESURUHJAYA PAS PERAK: USTAZ ABU BAKAR HUSIN
7.PESURUHJAYA PAS PAHANG: DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
8.PESURUHJAYA PAS SELANGOR: YB DR ABD RANI OSMAN
9.PESURUHJAYA PAS W. PERSEKUTUAN: HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMAD
10.PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN: YB MOHD TAUFEK ABDUL GHANI
11.PESURUHJAYA PAS MELAKA: TUAN ADLY ZAHARI
12.PESURUHJAYA PAS JOHOR: DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
13.PESURUHJAYA PAS SABAH: TUAN MOHD AMINUDDIN ALING
14.PESURUHJAYA PAS SARAWAK: TUAN HAJI ADAM AHID