Saturday, December 17, 2011

JANGAN KATA 'DAH PENAT'...

Bismillah..

Penat la...Penat dah ajak orang tu buat baik.Penat dah tegur dia jgn buat benda tu.Penat dah nak jadi ajk2 PCI ni..

Hmm...kadang2 memang ada terlintas ayat2 macam ni.Ternampak kelemahan diri.
Teringat kata2 rasulullah s.a.w

'Mu'min yang kuat itu lebih disayangi Allah berbanding Mu'min yang lemah'

Mungkin  kita lupa  dengan usaha2 baginda.Bagaimana usaha keras baginda Rasulullah s.a.w menjadikan Islam terserbar di seluruh dunia.Kalaulah Rasulullah tahu ada umat sepertiku..pasti baginda sedih.




So...
Tak kan kita nak berhenti ketika kaki masih boleh berjalan?
Tak kan kita nak mengalah ketika Islam belum menang?
Tak kan kita nak penat ketika orang lain semua sedang bekerja?

So,sahabat2 dan diri aku sendiri.Ayuh rapatkan saff....kita berjuang selagi masih bernyaWA

Monday, December 12, 2011

TIPS MENGUNDI

Bismillah...


Sejak dua menjak rajin pulak aku meng'update' blog ni.Alhamdulillah nikmat masa yang Allah kurniakan.


Tapi kadang2 kalau banyak sangat masa singgang jadi ujian pada diri kita juga.






Post kali ni sekadar PENDAPAT,bagaimana nak memilih calon2 yang sesuai untuk menjadi AJKT PERUBATAN 2012/2013.






Erm..bagaimana agaknya ye???


Jika semua perasan calon kali ni MasyaAllah hebat2 belaka.Baik AJKT ikhwah mahupun akhawat.Calon untuk pengerusi dan timbalan lagi lah aku pening nak pilih yang mana.


Okay antara tips2nya ialah:


1-Mestilah pilih agamanya.
Tak bermaksud dia kene bersongkok atau bertudung labuh.Selagi dia terkenal dengan baik akhlaknya dan tidak melakukan perkara2 yang mungkar maka undilah dia.






Antara calon yang bertanding..LIYANA ZULKEFLI

2-Perhatikan menifestonya
Siapa kata menifesto tak penting?Dengan ada nya menifesto lah baru kita dapat menilai apa yang ingin dibawa oleh calon ke dalam PCI.


antara menifesto ialah:

~MEMARTABATKAN ILMU,MEMNTAPKAN SAHSIAH DAN MENUJU KERDHAAN ALLAH~ (liyana zulkefli)

Jika menifesto yang diterangkan nanti difahami,dihayati dan pengundi yakin membawa kebaikan kepada PERUBATAN maka undilah si calon tersebut.




Mantap2 calon pengerusi dan timbalan...


3-Lihat si pencadang dan penyokong.
Jika kita tak kenal calon tu siapa.Barangkali junior atau senior kita.Atau kita tak berapa rapat dengan dia.Kita lihat siapa yang cadang beliau sebagai AJKT.Jika yang si pencadang itu kita kenal dan orang yang boleh dipercayai.Tiada raguan pada diri kita maka undilah si dia.





Kalau abg Rahim atau kak yani yang cadangkan atau jadi penyokong maknanya mereka percayai kebolehan calon itu.




4-Lihat PR atau PUBLIC RELATIONSHIP dengan masyarakat.
Jika dia ni memang terkenal dengan suka cari gaduh dengan orang atau kasar bahasa-bahasa yang digunakan.Atau sering menggunakan bahasa yang x sedap didengar dan boleh mengguriskan hati maka tak perlu lah undi dia kerana bimbang akan timbulnya kepincangan - kepincangan yang tak diingini dalam persatuan.






Dan kerana akhlak Rasulullah adalah akhlak yang terbaik.Dan bahasa yang digunakan Rasulullah sangatlah lembut dan sedap di dengar.








5-Dan akhir sekali tanya pendapat senior2.
Kerana apa?senior lebih tahu cara calon bekerja.Kalau tanya housemate atau sahabat dia barangkali mereka tidak tahu cara calon bekerja dalam persatuan.Dan si calon mestilah sayang perubatan.






Tanyalah mereka....


WALLAHUALAM..sekadar pendapat.

Sunday, December 11, 2011

MACAM MANA NAK SOLAT JENAZAH?

Bismillah..


Tadi lepas kelas singgah solat zuhur di masjid sebelah uni sekejap.Aku tengok ramai betul orang dekat masjid.
Hmm..mesti ada orang meninggal...


Ramai yang memenuhi masjid Abdul Nasir ni.Temasuklah pelajar melayu macam aku.Dari tahun 1 sampai tahun 3.Ada yang aku kenal ada yang aku x kenal.Maklumlah lambakan pelajar medik di Mesir.


Terdengar tangisan-tangisan keluarga si mati. Entah siapa agaknya jenazah ini ketika dia masih hidup.Mungkin kanak-kanak,mungkin orang tua.Mungkin lelaki.Mungkin juga perempuan.


Lepas solat zuhur berjemaah.Semua jemaah berdiri untuk tunaikan solat jenazah..adalah seorang hamba Allah tanya aku macmana nk solat jenazah.Aku pun lupa..Alhamdulillah imam masjid tu ajar dulu sebelum solat.


Tapi,untuk lebih informasi dan untuk meningkatkan ilmu yang cetek aku ada baca2 blog ustaz2 tentang cara2 solat jenazah yang sebenar agar kita tidak taklid buta..jom kita baca sama2...
1-Bacaan selepas salam pertama:
-Surah Al - Fatihah


2-Bacaan selepasa takbir kedua :


-selawat ke atas nabi muhammad s.a.w



3)Bacaan selepas takbir ketiga 


-doakan jenazah jom hafal dan faham makna



4-Bacaan selepas salam keempat:



Entah bila tiba masanya kita pergi.Agaknya ada tak yang solatkan untuk kita nanti.Sama-sama lah kita mengharapkan kematian yang baik.

'
Ya Allah kau matikanlah aku dalam syahid di jalanMu ya Allah.Dan matikanlah aku dalam kemtian yang baik (husnul khatimah).'

Wallhualah...

Friday, December 9, 2011

PERMAINAN SEMATA

Bismillah...


Kadang - kadang diri sering mengeluh atas apa yang terjadi pada diri kita saban hari.Mengapa begini , mengapa begitu?


Tetapi sering kali kita terlupa bahawa apa yang terjadi pada diri kita di dunia ini adalah permainan semata-mata.Allah berfirman :

Ketahuilah,sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah


permainan dan sesuatu yang melalaikan...."




 (Al- Hadid: 20)


Apa yang penting sebenarnya ialah di sebalik apa yang ada di dunia ini.Allah sentiasa sayangkan kita,pasti dia beri yang terbaik untuk kita.Di dunia inilah tempat kita diuji untuk dapat yang terbaik di akhirat.


Hassan Basri menyebut kita ini adalah sebahagian hari-hari.Jika sebahagian hari-hari kita telah tiada maka tiadalah kita di dunia ini lagi.


Apa yang penting dalam kehidupan ini adalah amalan kita.Dan amalan itu bergantung pada 2 perkara :


1-NIAT kita 


 “Segala amal itu tergantung niatnya'


(Bukhari no. 1 dan   Muslim no. 1907)






2-PENUTUP KEHIDUPAN


“Dan sungguh amalan itu ditentukan dengan 


penutupannya.” (HR. Al-Bukhari no. 6117)






 Jadi,usah mengeluh atas apa yang berlaku dalam kehidupan ini.Dunia amat kerdil untuk dibandingkan dengan akhirat.Bersama kita melangkah kepada yang lebih baik untuk diri kita.


-SALAM MUHARRAM-