Friday, December 24, 2010

BOOM tamat..


Alhamdulillah tamat jugak program boom.Aku harap ukhuwah diantara boomate bkekalan.
Actually bnyak benda aku dapat dlm progrm ni.Aku kenal diri aku,kenal kawan2 dll

Fesi:Abg Syak
P.Fesi:Kak Fiza
Ketua Kumpulan:Qarafi Tee
P.Kumpulan:Aqila Yusof

Ahli kump Lelaki
Mirwan,Alif,Mas,Aizat,Faris,Nazeer,Nazmi

Ahli Kumpulan Perempuan
Alin,Aku,Marliana,Aifa,Ily,Sarah,Kinah,Liyana,Sarah,Ili,Fawi




Wednesday, December 15, 2010

Subhanallah...kecanggihan MATA


\Praktikal Physio semalam mengenai special sense (mata).Allah ciptakan mata kita untuk melihat.Tanpa mata dunia akan menjadi gelap.Sungguh nikmat melihat itu sangt lah patut disyukuri,tapi hanya sedikit daripada kita yang bersyukur.Dan untuk menunjukkan rasa syukur,apa kata kita belajar mengenai mechanism of eye agar diri kita lebih dekat dengnnya si Pencipta mata.

Special sensory terbahagi kpd 3:

1.Vision :Photo receptor

2.Hearing :Mechano receptor

3.Taste/smell :Chemo receptor

VISION

(pelajaran hari ini):
a)error of refraction

b)control of diameter

c)colneal,acomodation,reflex

B4 that we suppose to know the related terminology:

opia: vission
anopia: no vission
Emmutropia: normal refraction
ocular: eye
monocular :one eye
binocular :2 eye
diopeter :measurement of refraction

a)Eror of refraction/problem of refraction

Ade beberapa kesalahan bias pada mata menyebabkan pandangan kabur atau pun rabun.

i)myopia = nearsightedness ataupun rabun jauh(orng ni kene tengok dekat baru nampak) =)mcm aku..he2

bagaimana boleh berlaku???

The light focus in front of retina.Cahaya jatuh pada hadapan retina.Seperti yang kita tahu fungsi retina ialah seperti filem camera.

the retina is like a movie screen, which show you the picture you are seeing upside down. the retina converts light rays into electric signals which are sent to the brain. the brain then translates the image into what we call sight.

retina seperti paparan filem, yang menunjukkan gambar anda melihat terbalik
. retina menukar sinar cahaya menjadi isyarat elektrik yang dihantar ke otak
. otak kemudianmenterjemahkan gambar ke dalam apa yang kita sebut penglihatan.

Jadi,apa yang berlaku pada orng rabun jauh ini ialah;paparan cahaya tidak sampai tepat pada retina,tetapi hanya di hadapan retina.Dan untuk melihat dgn jelas orng yg rabun dekat kena pakai lens yang cengkung or we call it concave lens,agar cahaya dapat difokouskan tepat pada retina.
Sila lihat rajah ini:

b)Hyperopia=Farsightedness

Light focusing behind retina.Correct by convex lens.Mechanism nya sama jek degn rabun jauh,terbalikkan sahaja.=)

c)astigmatism: unequal curvature.pandangn kabur

how can happen?

lapisan cornea tidak serata.


lihat rajah sebelah....


Monday, December 13, 2010

Tahun Dua di Mesir

Dah lama aku x update blog aku ni.Tahun 2 ni agak sibuk..*_*
Alhamdulillah,aku kini selamat naik tahun 2 tanpa kertas ulangan(repeat paper).Dengan markah jayyid,aku sangt bersyukur.Ini semua adalah rahmat dan kasih sayang dari Allah.Buat sahabat yang kena repeat,jangan putus asa.Teruskan usaha.Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan Allah tahu dia sanggup menghadapinya.

Sekarang ni dah masuk bulan ke tiga aku berada di sem ke-3.Pantas masa berlalu,selepas ini aku akn masuk ke sem 4.Lagi 2 mnggu exam.Modul kali The power of nervous system.Ceh,xde the power pun.Nervous system jek..Aku tambah the power sebab,bila aku belajar mengenai nervous system ni atau nama bahasa melaya ialah sistem saraf,aku sangat kagum dengan kepantasan dan kcanggihan sistem ini bekerja.Dan apabila sistem ini rosak walaupun sedikit,MasyaAllah ..impaknya sangt besar kepada si pesakit.Contoh penyakit popular yang berkaitan ialah alzheimer,parkinson dll.Ini semua kerja Allah.Sangat rugi jika orang yang mempelajarinya tidak mengaitkan apa yang dipelajarinya dengan si pencipta.Aku akan tunjukkan insyaAllah,serba sedikit mengenai sistem ini.Bersambung..


Friday, July 23, 2010

SAHABAT

BUAT SAHABAT YANG JAUH DI MATA..

sahabat,sukar untuk ku melafaz dengan kata-kata
kau datang kepadaku tanpaku pinta
kau pergi tanpaku halau
kau sentiasa di hatiku
walau sesekali mulutmu seperti siff menikam kalbu
namun ku tahu hatimu semanis halawiyat

sahabat,imam Ghazali berpesan,ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan
Bukan pada manisnya ucapan di bibir
tetapi terletak pada ingatan ku padamu
juga ingatanmu padaku.
sahabat,persahabatan kita umpama tangan dengan mata
saat tangan terluka,mata menagis
tangan pula menyapu air mata.

sahabat,di bumi barakah kita menjalin ikatan
di bumi ujian kita meniti kesabaran
semoga ada tiupan rahmat di penghujung kehidupan..
buat bekalan menuju kejayaan

khas buat sahabat2 di mesir esp baitul rahmah dan baitul hilwa :)


Wednesday, July 21, 2010

DI SEBALIK OMBAK MEDITERANAN

TARIKH:19 JULAI 2010
MASA: 9 P.M
TEMPAT :BAIT RAHMAH ,DURR RAB'AH,BUR SAID ,CAMP CAESAR.

"Korang kita jadikan nk gi pantai buat picnic esok,Kita ni name jek duduk kat Alex. mandi pantai sekali pun xpernah.At least b4 balik Malaysia dah rasa air masin Alex,"aku mmbuat announcement di rumahku.Mengajak 7temanbaikku.Pipah,ina,timah,shifa',saibah,mira dan alya.
Sudah hampir setahun kami berkawan.Segala suka duka kami kongsi bersama.
Lusa aku akan pulang ke tanah air sempena cuti musim panas.Tak sabar rasanya ingin jumpa keluarga tercinta.

TARIKH:20 JULAI 2010
MASA:9.30 P.M
TEMPAT:PANTAI SHATBY,ISKANDARIAH.

"Aku dah cakap dah,,kena gi awal,kan dah ramai orang.Segan lah nak mandi,"aku bersuara.
"Takpe yang belah sana tak ramai orang,jom pergi,"Fatimah membalas.
"Hanan,dgn housemate dia pun ade.Hai Hanan,Kinah,Ain,"kami melambai mereka yang sedang asyik bermain dengan air.

Setelah selesai membentang tikar dan menghidang makanan,kami mengajak hanan dan hosematenya makan bersama.Selesai sahaja mengalasa perut kami berlari menuju ke arah laut,kecuali Shifa' dan kinah(housemate Hanan).Katanya mereka tidak suka mandi laut,jadi mereka hanya memerhatika kami dari pantai sahaja,

Setelah asyik dan leka bermain dengan ombak yang kuat,aku lihat Hanan terkapai-kapai di dalam laut.Ain sempat menarik tangan Hanan,tapi degan izin Illahi kaki dia krem secara tiba2.
Alya cuba menghampiri mereka,aku turut ingin membantu.Aku capai tangan Ain.
"Zati!Kau buat ape datang sini?kau x pandai berenang,"Alya meninggikan suara.Aku jadi 'blur' sebentar.Betul jugak kata Alya,aku mana pandai berenang.Tapi itu semua sudah terlambat.Tidak sampai beberapa saat aku ditarik oleh ombak.Aku turut terkapai-kapai seperti Hanan.Aku lihat kawan2 ku yag lain cuba membantu.Tapi apakan daya,niat untuk membantu tetapi mereka juga turut menerima nasib sepertiku.
Daripada untuk selamatkan seorang rakan yang lemas.Kini ,seramai 6 orang yang lemas.Mereka yang pandai berenang seperti Alya,dan mereka yang tidak membasahkan badan mereka meminta pertolongan dari ammu life guard.

Ketika itu,aku begitu yakin,inilah penghujung hidupku.Aku tidak berhenti-henti bertasbih dan bertahlil.Takut aku mati seperti Firaun la'natullah..
Dan ketika itu aku lihat seorang ammu lifeguard membawa pelampung.Dia mencampakkan pelampung ke arah kami(aku,pipah,timah dan hanan).Kami berpaut pada pelampung itu.
Kemudian dia pergi menyelamatkan Ain dan bawa Ain berpaut sekali ke pelampung.

Kami dibawa ke pantai.Alhamdulillah,semua selamat.Kami berpelukan dan menangis bersama.Syukur Allah masih memberi peluang kepada kami untuk beribadah dan meminta ampun akan dosa-dosa.

Buat rakan-rakan yang terlibat jom meri kita renung bersama.
Pengajaran yg aku dapat:

1.Sentiasa bersedia menghadapi kematian,walaupun esok nk balik Malaysia

2.Dengar cakap orang2 tua/pengalaman bnyak x kira melayu ke mesir ke.ammu life guard dah kata jgn main kat ctu,degil.

3.Cuba muhasabah diri,Allah bagi signal suruh bertaubat.

4.Aku dapat rasakan ukhuwah fillah kita.

5.Rasulullah kan suruh blajar berenang.

6.Lastly,kalau dah tahu x pandai berenang,jgnlah pandai2 nk tolong orang yg lemas.Sama jugak,kalau xde ilmu agama,jgn pandai2 nk buat fatwa.


Sebenarnya bnyak lagi boleh kita fikir.Ini adalah msej dari Allah..
Untuk cter yg lebih selanjutnya lawat ni http://astepfowardtothefuture.blogspot.com/

p/s:dikatakan mati yg paling sakit ialah lemas dan mati terbakar.

Monday, April 19, 2010

Cintai dirimu wahai muslimah..


Wahai sahabat muslimahku

Cucilah wajahmu dengan pencuci berjenama taubat

Sapukan wajahmu dengan bedak berjenama malu

Alaskan matamu yang cantik dengan menjaga pandangan

Sahabat muslimahku....

Hiasilah bibirmu dengan lipstick jenama kejujuran


Jagalah rambutmu dengan syampoo hijab

Hiasi lehermu dengan rantai kemaafan

Tutupi tubuhmu dengan pakaian keikhlasan

Sarungi tanganmu yang lembut itu dengan kerajinan

Kuatkan hatimu dengan ketaqwaan

Gunalah krim senyum untuk kelihatan muda.....

Tuesday, April 13, 2010

HATI OH HATI...



Post kali ini saya nak berkongsi tentang keadaan hati manusia

Nabi S.A.W bersabda:
Ketahuilah,sesungguhnya jasad itu terdapat seketul daging,apabila elok daging tersebut,maka eloklah jasad tersebut keseluruhannya,apabila ia rosak,maka rosaklah keseluruhannya,ketahuilah bahawa ia adalah hati.(sahihul muslim)

Persoalannya , bagaimana kita nak elokkan hati kita?

Mari kita ikuti perbualan antara hati dan akal..

Akal : Assalamualaikum.

Senyap sunyi..salam nye x bersambut..dicuba lagi..

Akal : Assalamualaikum.

Masih tiada yang menyambut..dicuba lagi untuk kali
ketiga..alhamdulillah, terdengar bunyi kunci dibuka dari
dalam..kelihatan Hati di sebalik pintu dengan rupa yang lesu..

Hati : Waalaikumussalam.. Akal rupanya..ingatkan siapa tadi..masuklah..

Akal pon melangkah masuk ke dalam kamar Hati..dilihatnya Hati terus
berbaring di sofa..Akal ikut duduk di kerusi yang lain..

Akal : Kita dengar Hati x sihat..tue kita datang melawat..Hati ok x..??

Hati : Aaa..haah..x sihat sikit..kepala cam pening-pening..pastu badan
pon cam sakit-sakit..penat sangat kot..

Akal : Hmm..maybe la kot..nampak macam Hati gelap sikit..Hati pergi main berjemur ke..??

Hati : Eh, xde la..xde main berjemur pon..teman Nafs je pergi
jalan-jalan..shopping-shop
ping sikit..

Akal : Ohh..ye ke..

Suasana sepi..dilihatnya Hati sibuk memicit-micit kepalanya sambil
memejamkan mata..

Akal : Hati..kita nak cakap sikit la..

Hati : Hmm..kenapa, ‘Kal..??

Akal : Xde la..kita rasa sejak Hati berkawan baik dengan Nafs tue, kita
berdua dah macam makin jauh je..bukan lah kita jeles ke ape..cume kita
macam rindu la nak spend time, borak-borak ngan Hati macam dulu-dulu..

Hati : Hmm..agak la..xpe, next time kita keluar bertiga eak..

Akal : Hmm..kita bukannya x nak..tapi kita rasa Nafs tue macam x suka je kat kita..bila kita datang dekat je kalau korang ngah berborak, mesti
dia tarik Hati pergi tempat lain..kalau dia nampak Hati tegur kita pon,
selalu kita nampak dia macam jeling kita..

Hati : Eh, mana ada..Nafs tue baik taw..seronok berkawan dengan dia..dia pandai cari tempat best nak pegi enjoy..hari tue dia bawak Hati pergi
satu tempat nie..dengar lagu..seronokkk..! ada orang nyanyi-nyanyi
sume..pastu dia ajar Hati macam mana nak main game dekat archade
tue..and then, dia kenal kan Hati kat kawan-kawan
dia..lelaki..hoho..hensem-hensem sume..tapi tue la..cam ramai yang dah ada GF la tapi..jeles betul..tapi xpe..ada je yang still single-mingle..hoho..nanti kalau Akal nak, Hati bawak Akal pegi sana
ye..

Akal terdiam seketika sebelum meneruskan kata-katanya..

Akal : Hati, kita rasa Hati dah berubah la..

Hati terkejut..bingkas dia bangun dari baringnya dan duduk menghadap
Akal..

Hati : Hmm..?? Berubah..?? Eh, xde la..mana ada..Hati macam nie gak
la..maintain je..

Akal : Tak la..dulu Hati x macam nie..dulu mana ada Hati suke pergi
tempat-tempat macam tue..taw pasal tempat tue pon x pernah..pastu mana
pernah Hati usha-usha laki macam tue..Hati kan taw x elok wat
camtu..sekarang pon Hati dah jarang pergi lawat Mak Usrah..dia selalu
tanye pasal Hati taw..

Hati : Ala..dulu Hati x taw sebab xde orang beritahu..lagi pon, bukan
selalu pon pergi..baru 4 kali pergi..Akal nie..macam mak orang la..

Akal : Tapi Hati..Hati kan taw benda tue salah..

Hati : Ala..salah apa nya..Hati bukan wat pape pon..Hati juz nak enjoy
je..

Akal : Enjoy apa nya kalau dok buat tambah dosa camtu, Hati..??

Hati : Mana ada tambah dosa..?? Bukannya Hati pegang-pegang diorang ke
apa..borak-borak je..

Akal : Hati..Hati dah meremehkan hal dosa pahala nie, Hati..Hati taw x
kalau Hati wat benda-benda yang ALLAH larang tapi tanpa perasaan yang
benda tue salah, Hati akan dapat satu titik hitam kat badan Hati..??
Cuba Hati tengok..Hati perasan x yang Hati dah makin gelap..Hati nak ke
jadi hitam betul..??

Hati terdiam..Akal meneruskan bicaranya..

Akal : Kita taw Hati sekarang selalu tido lambat..selalu dengar Hati
bangun lambat..selalu termiss Subuh..Isyak pon kadang-kadang Hati
terlepas sebab tertido..betul x..??

Hati mendiamkan diri..tapi masih menganggukkan kepala..

Akal : Boleh kita taw kenapa..??

Hati : Hati penat je..tue selalu tertido awal, bangun lambat..

Akal : Kenapa Hati penat..??

Hati : ..sebab teman Nafs..

Akal : X cakap dengan dia yang Hati penat..??

Hati : Hmm..dia tue macam keras kepala sikit..kalau Hati cakap Hati
penat, dia still tarik Hati ikut dia gak..kalau Hati cakap Hati x mau
ikot, nanti dia merajok..x mau cakap dengan Hati..Hati malas nak
ribut-ribut..nanti makin serabut kepala Hati..makin penat nanti..

Akal : Tapi still Hati penat gak kan sekarang..??

Hati mendiamkan diri semula..

Akal : Hati, kita nak cakap..daripada Hati penat sebab ikut Nafs yang x
dapat apa-apa..dengan kalau Hati tolak permintaan Nafs tapi dapat
pahala..yang mana satu lebih beruntung..??

Lambat Hati menjawab..

Hati : …tolak..

Kelihatan Hati menundukkan kepalanya..

Akal : Hati, kita nasihat Hati sebab kita sayang Hati..kita x mau Hati
makin jauh and makin banyak buat benda salah.. kita x taw Hati taw ke x
nie, tapi kita selalu nampak Nafs tue duduk-duduk dengan Syaitan..Hati
taw kan Syaitan tue pelajar bermasalah..siap ada geng lagi..Kita x mau
Hati terikut sampai jadi geng tue..bukannya kita nak sangka buruk ke
apa..just langkah berjaga-jaga je..

Hati kelihatan terkejut..

Hati : Eh..Nafs kata dia x kawan dah dengan Syaitan tue..dia kata
diorang dah x sependapat, so dia dah x join dah geng tue..

Akal : Hmm..maksudnya dia dah tipu Nafs la tue..bukan sekali kita nampak diorang tue jumpa..banyak kali gak la..tapi kita x sempat-sempat nak
beritahu Hati sebab dia selalu ada kat sebelah Hati..

Hati : Tapi Hati x paham..kenapa dia nak tipu Hati..x paham la..ingatkan kitorang kawan baik..

Akal : Hati..ingat x ayat yang Mak Usrah pernah bagi kita dulu..?? Yang
Syaitan memang dah berjanji untuk memesongkan manusia dari jalan ALLAH
sampai tibanya hari akhirat..and dia memang akan sengaja buat macam
dunia nie terasa indah untuk kita sampaikan kita terpedaya..Hati pon taw kan..Hati yang control seseorang tue..sebab tue kita rasa dia aim
Hati..

Hati kelihatan kecewa..terlihat kesedaran terlukis di mukanya..

Akal : Hati..kita nak cakap banyak pon, kita pon bukan taw sangat..ada
benda yang kita x taw and kita pon x paham sangat..kalau Hati nak, kita
boleh kenalkan sorang kawan kita nie..nama dia Furqan..insyaALLAh dia
boleh tolong terangkan sume-sume yang Hati nak taw and tanye..

Hati memandang Akal dengan pandangan terharu..

Hati : Terima kasih ‘Kal sebab sedarkan Hati..beruntung sungguh Hati
dapat kawan macam Akal nie..

Akal : Ala..kita bukan wat pape pon..sume tue ALLAH yang izinkan..

Kedua-dua pon tersenyum..

Akal : Ok la, Hati..kita nak kena pergi nie..ada hal nak kena
settlekan..Hati rehat la ye..nanti bila da sihat balik, jenguk-jenguk la Mak Usrah..dia rindu betul ngan Hati..baby Iman ngan Islam pon dah lama x kena timang ngan Hati..

Hati : InsyaALLAH..kalau Akal rajin, nanti sampaikan la salam Hati kat
diorang ye..

Akal : InsyaALLAH..Hati rehat ye..

Akal pon beredar meninggalkan Hati untuk berehat

Wednesday, March 31, 2010

JGN BERSEDIH,HARI INI MILIK ANDA

Jika kamu berada di pagi hari,
Jangnlah mnunggu senja tiba.

Hari ini yg akn anda jalani,
Bkan kelmarin yg telah berlalu,dgn sgala kbaikan dan kburukan.
dan bkan jga esok yg belum tentu datang.

Hari yg saat ini mataharinya menyinari anda,
Dan siangnya menyapa anda,
Iniah hari anda.

Umur anda mngkin tnggal hari ini.
Maka,anggaplah masa hidup anda hanya hari ini.
Atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini,
Dan akan mati juga hari ini juga.

Dgn begitu hidup anda tidak akan tercabik-cabik,
diantara gumpalan keresahan dan kesedihan,
Dan duka masa lalu dgn bayangan,
Masa depan yg penuh tidak kpastian,dan seringkali menakutka.

Pada hari ini pula,sebaiknya anda mencurahkan seluruh perhatian,
kepedulian dan kerja keras.
Dan pada hari ini juga anda harus bertekun mempersembahkan kualiti
sholat yang khusyu',
bacaan Al-Quran yang sarat tadabbur.
Dzikir sepenuh hati,
Keseimbangan dalam segala hal,
Keindahan dalam akhlak,
Kerelaan dalam semua yang Allah berikan.
Perhatian terhadap sekitar,
Perhatian terhadap keshatan jiwa dan raga,
Serta perbuatan baik terhadap sesama.

Pada hari dimana anda hidup,
Saat inilah sebaiknya anda membahagi waktu dgn bijak,
Tanamlah kebaikan pada hari ini,
Dan persembahkanlah sesuatu pling indah pada hari ini.
Beristgfarlah atas semua dosa.
Ingatlah selalu kepadaNYA.
Bersiap-siaplah untuk sbuah perjalanan menuju keabadian.

Hiduplah hari ini tanpa kesedihan,kegalauan,kedengkian dan kebencian.
Jangan lupa hendaklah anda goreskan pada dinding hati anda satu kalimah
'HARIMU ADALAH HARI INI'......

Wednesday, March 24, 2010

SERANGAN KOREA ANTARA HAK DAN BATIL

Dengan Nama Allah.Salam,ini adalah post pertama aku.Harap para pembaca berpuas hati dgn post ini.

Kecannggihan dunia tanpa sempadan masa kini mnyebabkan mudah maklumat2 dari dalam dan
luar negara untuk sampai kepada kita .Jika dulu masyarakat melayu begitu asyik menatap syah rukh khan dan kajol,kini satu anasir atau fenomena baru menyerang masyarakat kita,terutama remaja melayu .Siapa tak pernah tengok my girl angkat tangan..hmm,jelas sekali ramai yg angkat kening.Sedar tak sedar drama2 korea yg masuk ke negara kita makin menjatuhkan akhlak remaja islam .




Mengapa aku kata begitu ?Kerana bukan ke drama korea berkonsepkan cinta .Ketika menonton pastinya hormon2 seperti Estrogen, Testosterone, Phenylethylamine (PEA), Dopamine,dll sedang dirembeskan ketika itu .Ditambah pula dengan hasutan syaitan yang direjam,maka hati2 para penonton akan teringat ingat si hero yg kacak mcm Rain ,Lee Min Ho ,Lee Dong Wook dll x lupa juga teringat si heroin yang seksi/a mcm Geum Jan Di dll .

Dan apa yang pling menyedihkan bkan sahaja remaja biasa yg menontonnya,anasir2 ini juga mnyerang para huffaz dan azhari.Bkan aku nak memalukan kamu,tapi ingin menegur dan menyedarkan.


Ini baru drama korea .Bagaimana pula lagu2 mereka yang memekakkan telinga?Lagu2 seperti GeeGee,Sorry2,dan Wonder Girl sedang giat didegarkan oleh remaja kita .Kalau hanya mndegar x mngapa lagi,siap dengan video sekali.Lalai2,,,Tarian mereka yg mngasyikkan mmbuat kita lupa Allah sedang memerhatikan.




Bahana cter2 Korea:

1.Lalai,sangat2 melalaikan

2.Mengotorkan hati.(bgimana ilmu/Quran/hidayah nak masuk pada hati yg kotor)

3.Buang Masa(sanggup x tdur malam.orng bgn malam tahajjud dia mngadap cter korea)

4.Berdosa(kan ad adegan2 yg x patut ditgok.Dan Allah berfirman jgn mnghampiri zina)

5.Menjatuhkan akhlak remaja muslim(makin ramai yang ingin cuba bercinta)

Kebaikan :

Kpd sesiapa yg nk bgtau kebaikan silalah comment :)

Oleh itu,

Sedarlah wahai sahabat,kamu akan ditanya ke mana masamu dihabiskan.Cuba bayangkan kalau Allah mngmbil nyawa para sahabat sekalian ketika menonton cter tu.Ataupun nyawa kita diambil ketika sedang nyenyak tidur smbil mndegar lagu yg mlalaikan.Nauzubillah,,,