Thursday, February 3, 2011

Revolusi Mesir siri 1

Mengenai keadaan di mesir.Aku sudah masuk 5 hari aku di bangunan mara.Semua pelajar perubatan di tempatkan di beberapa tempat untuk memudahkan urusan dan bagi menjamin keselamatan pelajar.Sepanjang revolusi mesrir ni berlaku memang banyak rumor (desas-desus) mengenai kedaan pelajar Malaysia di sini.Di sini aku update kan beberapa maklumat yang berlaku,dan sumber yang aku dapat ini insyaAllah boleh dipercayai kerana dapat daripada pegawai MARA yang menjaga kebajikan anak-anak Malaysia di Iskandariah (Walid)

MAKLUMAT KEDAAN SEMASA RUSUHAN DI MESIR (SIRI 1 AHAD)

1.Status kini

  • Semua penerbangan malam Egpyt Air ke seluruh lokasi dibatalkan.
  • Perintah berkurung pada hari ini berkuatkuasa pada jam 2 petang hingga 8 malam
2.Berdasarkan perkembangan semasa berkaitan dengan rusuhan yang berlaku di Mesir,pihak kedutaan Mesir mengambil tindakan dengan mengarahkan supaya langkah-langkah keselamatan di ambil terutamanya mengenal pasti kedudukan para pelajar dan memastikan keselamatan mereka terjamin.

3.Langkah-langkah ini diambil bagi memastikan seluruh warga PERUBATAN terjamin keselamatannya,terutama pelajar perempuan memandangkan polis- polis mesir sudah tidak lagi bekerja,

4.Para pelajar di letakkan di 3 lokasi khusus ;asrama MARA,Rakoda dan imarah syari' abu nasir.