Tuesday, May 31, 2011

maafkanku sahabat


Selama ini aku cuba memahami ukhuwah fillah.Apa yang aku faham mengenai hadis rasulullah la yu' minu ahadukum hatta yuhibba liakhihi ma yu hibbu linafsih.


Memang mudah diucap dengan lisan aku sayang sahabatku kerana Allah.Tetapi jika kita teliti adakah kita benar sayang sahabat kita kerana Allah?


Aku teringin sekali merasa ukhuwwah fillah yang sebenar.Sekarang ni aku masih x dapat merasa lagi akannya.Ukhuwwah fillah ialah di mana sayang dan cinta kita kepada sahabat kita semata2 kerana Allah s.w.t
Hubungan mana yang lebih hebat jika bukan saling sayang menyayangi kerana Allah azza wa jalla.


Sama - sama muhasabah diri..


Betul ke kita sayang kawan kita,jika dia buat salah sikit kita dah kecil hati?


Betul ke kita sayang kawan kita jika dia buat salah kita biarkan jek


Kita sayang dia ke,kalau kita malas nak kejut dia solat?


Betul ke kita sayang jika dia bersedih kita buat2 x tahu,jika dia lemah kita x beri dia semangat.






Banyak lagi sebenarnya....
Aku reflect pada diriku sendiri.Aku memang sayang kawan2 aku.Tapi aku tahu tahap sayang aku pada mereka belum tahap betul2 kerana Allah...maafkan ku


Aku akan cuba memperbaiki diriku
Buat sahabat2,aku sayang padamu,
Maafkanku kerana tidak menjadi sahabat yang baik,
Aku ingin kita semua bersahabat sampai ke syurga...


Aku tidak mahu hanya mengenalmu di dunia
Tapi aku ingin berjiran denganmu di syurga
Aku sayang padamu sahabat2,
Tegurlah kesilapanku,
Maafkanku yang banyak kekurangan ini..


Maafkanku yang jarang memberi nasihat dan semangat,
Maafkan ku kerana kurang prihatin akan keadaanmu,
Berikanku peluang untuk memperbaiki diriku,
Aku akan cuba mempraktikkan ukhuwwah fillah yang sebenar2..




.

Thursday, May 19, 2011

SPLEEN NIGHT

.
Sedang semua sibuk upload gambar2 dinner malam tadi.


housemate n friends


Section Hawa


Sebelum aku ke Dinner aku cuba cari apa kebaikan aku ke sana?Mana lagi banyak kebaikan atau keburukan dinner the splendiferous night.


Aku dapat kebaikan dan keburukan.


tapi...
So far,bagus la...dinner malam tadi.Aku pun x lagha2 sangat.Banyak juga kesedaran mlm tadi.


Lagu2 pun x berapa nak lagha..
Makanan Alhamdulillah sedap..
Persembahan mantap
APA YANG AKU X SUKA ORNG2 COUPLE AMBIL GMBAR SEBELAHAN.
dah bagi warning jangan ambil gmbar pakwe makwe..masih x faham2 ke?Astagfirullah...
Aku bukan benci orng couple..cuma aku benci perbuatan mereka itu.


Apa2 pun tahniah aku ucpkan kpd mereka yg organise program ni.Especially pengarah dan timbalan pengarah.


Bagi aku segment paling best ialah masa kesedaran Palestin.Kita ni makan banyak,sedap x habis..lpas tu buang.Saudara palestin kita makan pun x cukup.Ibu ayah dah xde



Kalau x habis,jgn buang...


Macam2 ada masa kat splendiferous night



Ala2 karipap....





Syabas aku ucapkan kpd PCI yg ambil inesetif buat blog Palestin Evergreen http://palestineevergreen.blogspot.com/2011/05/episod-2-perang-dunia-pertama.html



Banyak benda kita boleh buat untuk mereka.Dalam keseronokan kita,ingatlah mereka.Cuba sedaya upaya x beli barang2 boikot.


Sahabat yg dikasihi sekalian...

JOM SUPPORT PALESTIN

http://palestinkini.info/

Monday, May 16, 2011

3rD INtIFAdaH

Assalamualaikum..


Di Mesir baru aku rasa dekat sangat dgn Palestin.Baru2 ni Org Mesir dgn semangatnya mengadakan demonstrasi beramai2 sempena intifada ke3..


Apa itu Intifada?


Aku selama ni pun x tahu apa itu intifadah.Yang aku tahu intifada yang kum Rabbani nyanyi je lah


Intifadah merupakan usaha penentangan Palestin terhadap Zionis yang suka2 ambil tempat diorang.
Zionis memang kurang ajar.Mana taknya,dah la ambil tanah orang,dia bunuh org2 x berdoasa.Siap kau Zionis,nnti Allah balas apa yang kau buat..


Sekarang intifadah dah masuk musim ke-3.Sebelum ini,mesir di terajui oleh husni mubarak yang zalim.Beliau menjalankan persahabatan dgn Israel.So,orng2 mesir x berapa nk support sngt la palestin.Sejak HM(Husni Mubarak) ni ditumbangkan oleh rakyat sendiri,rakyat2 mesir berani untuk keluar dan sokmo buat demonstrasi.Mesir juga dah buka sempadan Palestin Mesir (Rafah).

Sempadan Rafah...


Diorang dah buka...


Nampak x Alex?(tmpat aku sekarang)





Sekarang ni orng2 mesir beramai2 pergi sempadan palestin-mesir(Rafah) support diorang.Nak usir zionis.


Mereka(orng2 Mesir) mula intifadah ni 15 mei sempena hari Nakba.


Apa itu Hari Nakba?


Hari Nakba adalah mulanya hari Israel menceroboh Palestin..


nk tau lbh lanjut klik..http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Nakba




Laporan setakat ni..4 orng Mesir terbunuh dalam buat demonstrasi di Rafah.Tentera Zionis tembak dari jauh.


Smangt mereka..


Ramainya orng...



Support Palestin


Kita Bako jek....

Setakat ini post dari saya..terima kasih kerana sudi membaca.Wallahualam...

Saturday, May 14, 2011

Rumahku madrasah tahfiz Aku serjana Hafiz..insyaAllah

Dengan Nama Allah..


Alhamdulillah,semalam Allah beri izin untuk aku menjawap soala peperiksaan bagi sem ini.


Aku bersyukur kepada Allah.Allah beri aku kekuatan beri aku kesihatan dan pelbagai nikmat lagi.


Allah sentiasa menjagaku,melindungiku dan keluargaku.


Aku baru habis chat dengan ibu.Alhamdulillah,nmpak cahaya hidayah memasuki hatinya.


Aku bukanlah seorang hafizah..tapi,aku teringin menjadi hafizah yang memelihara Al-Quran.Aku sedang berusaha menjadinya.Doakan kejayaanku.


Aku sentiasa berdoa agar keluargaku menjadi pembantu agama Allah.Dengan izinNya,keluargaku diberi tugas untuk menjaga sekolah tahfiz di Batu Pahat.Tahfiz Al-Quran Darul Tuba.


Ini semua rencana Allah.Aku bercita-cita ingin menyumbang tenagaku di sana apabila aku habis belajar nanti.



Buat sesiapa yang ingin masukkan anak2 ke sedara mara ke di sekolah tahfiz ini,sila berhubung dengan ibuku

013-7402567-pn Fauziah (pelajar lelaki sahaja)




Asrama 




Yang ni dewan makan



Kelas dan pejabat


Surau dan tempat hafalan

Hmm,,doakan semuanya berjalan lancar.Dan apa yang dikerjakan mendapat redha Nya......WALLAHUALAM

Saturday, May 7, 2011

SEE YOU NEXT WEEK

Bismillah...


Aku rasa ni adalah LAST POST...untuk minggu ni.Sebab aku nak simpan laptop ni selama seminggu.



Bukan apa,aku ni kalau ada laptop aku macam2 nak kena buat.Nak update blog sendiri,update blog persatuan,nak update fb persatuan.
Sambil update2 melencong ke sana..melencong ke sini.Bukan buat benda x baik pun..tapi sekarang ni tgh fatrah peperiksaan...


So,masa itu emas,bukan pisang emas yg boleh dibawa berlayar...so,jgn buang masa..


Kepentingan masa...







Masa dekat dunia ni sangat singkat nak dibandingkan dengan akhirat yang infiniti tu...

Nasihat kepada diri sendiri dengan kawan2...

  • Jangan buang masa

  • Kurangkan makan....setiap isnin n khamis pi puasa...

  • kurangkan tidur...xpe jek nak tidur lepas subuh kalau kat mesir ni...mana x nya...pkul 3.30 azan subuh..tapi yang penting ,sebelum subuh tu tahajjud cinta dengan Sang Pencipta.ok?

  • Nasihat kepada sorang sahabat aku,jika ditawarkan kerja lebih2 lagi kerja baik..terima dan anggaplah sebagai amanah daripada Allah dan tanda kasih sayngnya kepadamu...
  • Lastly but not least..solat awal waktu...kerana ia adalah ibadah yang paling Allah suka..(NASIHAT KEPADA DIRI SENDIRI JUGA YANG SELALU LEKA)
WALLHUALAM...

Hari Ibu Ke?

Salam,tengah baca buku untuk exam mcq..mengantuk pula...

jalan2 blog sahabat2 ramai yang post selamat hari ibu.buka facebook(xde fb pun,,,buka fb kawan) ramai ucp selamay hari ibu..roomate pula bz buat video untuk ibu dia..bagus betul.aku??aku baru tahu sekarang ni hari ibu.



Aku x wish pun kat ibu aku.padahal call je tadi...


nak share,ada kawan aku ni post pasal hari ibu..menariklah...http://watashiwakawaiidesune.blogspot.com/2011/05/mamas-day.html




Aku selalu teringat pengorbanan ibu.Lebih-lebih lagi duduk jauh di mesir ni....


Persoalannya,,,


mana lagi penting call ibu ke doakan ibu??


Bagi aku dua2 penting....Sebab Allah berfirman:

Dan rendahkan dirimu kepada keduanya serendah-rendahnya dan doakan keduanya: "Ya Tuhan, Kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana keduanya telah memeliharaku dimasa kecil.




Allah berfirman juga

Dan terhadap kedua ibu bapa harus berbakti (taat dan baik) apabila telah tua salah satunya atau keduanya disisimu




Kesimpulannya,xpentingpun..kita wish hari ibu ke x...yang penting sentiasa doakannya...dan sokmo2 lah talifon ibu kita yang kat malaysia....

TAKDE TAJUK

Alhamdulillah...
Baru habis exam praktikal...dapat jawab dengan baik...sekarang hanya tawakkal dengan berdoa kepada Allah.


Antara soalan2 dalam exam tadi...


Teringat hadis rasulullah...selepas tamat peperangan kita akan hadapi peperangan yang lebih besar.
Chronic Rheumatic endocarditis mital and tricuspid...Alhamdulillah dapat jwab....^_^


Kita ni sebelum exam akan selalu merayu dan meminta kepada Allah..
Selepas Exam,jarang sekali kita berdoa dengan bersungguh.Inilah peperangan yang sebenarnya.Melawan nafsu.
Peperiksaan yang kita rasa susah sangat tu sebenarnya x lah sebesar manapun..cuak yang kita rasa x sehebat mana nak dibandingkan apabila ditanya soalan2 di dalam kubur kelak.


Doa Rasulullah di dalam sujud :

YA ALLAH YA TUHANKU AKU BERLINDUNG KEPADAMU DENGAN KEREDHAANMU DARIPADA KEMARAHANMU


Allah pernah berfirman:

AKU INI ADALAH SEBAGAIMANA SANGKAAN HAMABA-HAMBAKU


So,kita kena lah sentiasa bersangka baik terhadap pencipta kita..sejahat2 syaitan yang xnak sujud kps Adam alaihi salam pun Allah kabulkan permintaan syaitan untuk menangguhkan seksaannya
.Allah bagi chance kat syaitan duduk kat dunia hasut hamba2 Allah yang Allah kasihi.


Ni apa lagi kita,hambanya yang bukan sejahat syaitan.Yakinlah Allah sentiasa mengkabulkan doa hamba2NYA...


Oleh itu...sentiasalah mujahadah diri..WALLAHUALAM

Wednesday, May 4, 2011

AGAMA ITU NASIHAT

الدينية الاستشارية


Bismillah..


Hari ini aku ada assigment.Tajuk cardiac reflex.Mengenai bagaimana jantung kita akan berkerja jka sesuatu berlaku.Tajuk ini best.Tapi aku teringin nak tajuk pathology(mengenai kerosakan jantung).


Aku nak nasihat diri aku dan kawan2 aku yang baca post ini.
Sebab agama itu nasihat...


NASIHAT PERTAMA:
Hidup ni kena sentiasa memberi.Jika kita diberi tugas hendaklah kita menerimanya seikhlas mungkin.Mengorbankan masa idea,walalaupun kita tidak akan dapat benefit.TAPI kita kena yakin buat DENGAN IKHLAS insyaAllah walaupun manusia x beri apa-apa dekat kita,Allah akan beri pahala yang terbaik.INGAT!!!!BUAT KERJA KERANA ALLAH....
Bila difikir kenapa surah al-ikhlas diberi nama al-ikhlas..sedangkan xde pun perkataan ikhlas dalam surah tu...


Surah ke 112 ;4 ayat
Katakanlah dialah Allah yang maha Esa
Allah tempat meminta segala sesuatu
Allah tidak beranak dan diperanakkan
Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan dia.


pendekkan??
pernah tadabbur surah ni?knpa diberi nama al-ikhlas?
aku bukan lah penafsir.Kerana sifat jahil yang terbelenggu dalam diri haram bagiku menafsir al-quran.apa yang kita boleh buat ialah tadabbur..tadabbur x sama dengan tafsir...
Itulah agama islam...tunjak utama beriman dengan Allah adalah ikhlas...ikhlas dalam setiap perkara.Bukan sahaja dalam ibadah khusus,malah dalam setiapn perbuatan kita.Gosok gigi,makan,bercakap.layan kawan dan lain2.


setiap perbuatan ,amalan,percakapan akan diambil kira,,,






NASIHAT KEDUA:
Jangan selalu memberi kesusahan kepada orang lain.Tetapi berilah kesenangan kepada orang lain.
Jika kita beri kesenangan kepada orang lain insyaAllah ALLAH AKAN BERI KESENANGAN KEPADA KITA.


Allah berfirman:sESungguhnya dalam kesusahan ada kesenangan..


Allah berfirman juga:Jika kamu meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik,Allah akn melipatgndakan balasan untukmu..


Kalau kita rasa susah tolong orang,ingat ayat ni...




NASIHAT KETIGA:


Apa tanda kita buat kerja ikhlas???
nak tahu kita buat kerja ikhlas ke x,,kita ada mengeluh tak masa kita buat kerja tersebut.
kita ada berangan orang puji x,masa kita buat kerja tu..kalau xde insyaAllah ikhlas kerja kita,
Contoh,masa tulis blog ni,..aku ada berangan x nnti bila tulis ramai orng yang follow aku..kalau ada perassan tu maknanya aku buat kerja x ikhlas...(sbgai contoh)


Jadi,sentiasa memperbarui niat kerana Allah.


Wallahualam

BERSABARLAH SAHABATKU..


Menerima berita yang tidak disangka pagi tadi.
Ibu kepada salah seorang sahabatku meninggal akibat sakit jantung.Semua ini dugaan untuknya tanda betapa Allah sayang dan cintakan hambanya ini.Bersabarlah sahabat,..

Dengan peperiksaan yang hampir tiba dan berita kehilangan seseorang yang paling kita rapat didunia memang satu ujian berat.Minggu lepas kelas tafakkuh ustaz aqli mengenai kesabaran pelajaran kitab riyadus solihin.
Allah akan memberi syurga kepada mereka yang bersabar.
Semoga kehilangannya orang yang kita sayang akan diganti dengan syurga yang tiada tolok bandingannya.Semoga Allah mencucuri roh arwah...AL-FATIHAH..

Yang pergi tetap pergi yang hidup perlu teruskan hidup...

Sesunggunya dunia ni hanya mainan semata...

KESABARAN...



Bismillah...dah lama aku tak menulis.

Aku akan menduduki peperiksaan tak lama lagi.Keputusan peperiksaan yang dahulu amat mengecewakan,walaupun lulus tapi keputusan
n itu tak membanggakan.

Sahabat-sahabat aku semua sedang sibuk mengulangkaji pelajaran.
Aku memang tidak sebijak mereka.Tapi aku yakin Allah memberi 'reward' atas usahaku.InsyaAllah bila aku berusaha aku akan mendapat pahala.
Teringat cerita Nabi Nuh hampir seribu tahun berusaha berdakwah.Tapi hanya beberapa kerat sahaja yang menerima dakwahnya.Adakah kita judge nabi Nuh sebagai looser??sudah tentu tidak..
Habis tu kita dah berusaha,kalau kita tak lulus adakah kita dah kira looser????Mungkin orang akan judge kita sebagai looser..Tapi Allah akan sayang kita kalau kita berusaha keranaNya dan kita terima takdirNya.

KALAU KITA DIBERI DUGAAN KITA AKAN BERUSAHA MENADAH TANGAN DENGAN SEPENUH HATI.
TAPI,KALAU KITA TIDAK ADA DUGAAN MUNGKIN KITA AKAN MENADAH TANGAN TETAPI TIDAK BERSUNGGUH....

SEBENARNYA TIADA DUGAAN DALAM HIDUP ADALAH SATU DUGAAN....