Thursday, September 6, 2012

SAYONARA SEM 6.

Alhamdulillah...satu perkataan mengambarkan sejuta makna.Rasa syukur atas segala nikmat yang diberiNya.

Sungguh pantas masa berlalu,hingga tidak sedar aku sudah pun menamatkan pre-clinical ku.Kini 3 tahun lagi insyaAllah aku akan menjadi seorang doktor.



                                                  SECTION 6 2012.insyaAllah jumpa sem depan =)


Apabila result diumumkan aku berdebar.Takut2 aku tersangkut mana2 paper.Alhamdulillah,Allah beri aku peluang untuk merasai nikmat lulus semua.

Aku pulang awal ke Mesir kali ini.Terlibat dalam program sambutan Mahasiswa Tahun 1.Keluarga sedih,aku pun sedih.Manakan tidak selalu cuti 2 bulan,kali ni cuti sebulan sahaja.Tidak mengapa,aku puas beraya bersama keluarga.Aku ada amanah yang perlu aku selesaikan di sini.Semoga Allah memberi yang terbaik untukku.


Selamat datang adik2 baru ...


Buat sahabat2ku yang ada peperiksaan.Aku doakan semoga dipermudahkan urusan.InsyaAllah,Allah pasti membalas kebaikan dengan kebaikan,banyakkan berdoa kepadaNya.Allah sentiasa bersama orang yang sabar.


IBU AYAH TERCINTA DI TANAH AIR...



Tazkirah sikit...

-Menuntut ilmu itu penting,tetapi mengamalkan ilmu itu jauh lebih penting.

-Cinta manusia jika tidak disandarkan pada Allah,hanyalah cinta palsu.Carilah ikhlaskan diri dalam mencari cinta Allah,Allah akan beri orang yang mencintai kita seikhlas hatinya.

-Makanan yang terbaik ialah makanan yang berzat,lazat dan berkat..



Monday, March 5, 2012

GAMBAR EGYPT

 Pantai Syatby..sejarah lemas aku dan rakan2

 Strawbery RM5-10 SEKILO.
 Pisang RM 3 sekilo

 Buah Limau 0.75 sen skilo

 Barang2 plastik yg agak mahal berbanding Malaysia..xtau knpa mahal.
 Ammu kedai roti...

 Display roti yg menarik hati pelanggan...

 TUT-TUT teksi motor..best naik ni.
 Ada pasar seni juga kat sini,..

Ingatkan almari..rupanya peti ais...menarik.peti ais daripada kayu.

Sunday, February 12, 2012

Sayonara Sem 5

Bismillah..
Dah lama sangat2 lama aku nak masukkan entry apa2 kat blog ni.Allah uji dengan HP yang tidak rosak akan tetapi tidak boleh guna.Kerana saluran pernafasannya rosak.(Charger).Nyawa molek lagi (battery).


Alhamdulillah selesai sudah menjawab peperiksaan Sem 5.Pantas sungguh masa berlalu.Terasa dengan ayat Allah(103:2).Takut-takut apa yang aku buat selama ni hanya perkara sia2. yang x datang manfaat untuk aku.


Jadi aku nk ucap terima kasih kpd pensyarah-pensyarah yang sentiasa memberi ilmu kepada aku.(walaupun memang sah2 pensyarah aku x baca blog aku,tapi still nk ucap jugak).




endocrine vs genital vs urinary system (3 BIG system in 1 SEM)

Modul ni rasa berat sangat.Masa jawab exam hari tu pun aku x berapa yakin.Mana kan tidak sahabat2 aku yg excellent2 belaka ada yg nangis lpas jwab exam.Apa2 hal pun tetap bersyukur kerana diberi nikmat jawab exam daripada x dapat jawab langsung.




Lepas ni buka buku lain pulak.Dah pinjam dari sahabat aku yang baik hati.Oleh kerana kat mesir ni memang susah nak cari novel2 melayu.Jadi,kalau jumpa mana2 novel yang best kat rumah kawan2 tu pinjam je lah.Nak baca novel arab aku x faham.


edensor aku dah habis baca.Tengah baca Mikhail..Edensor ni cerita sambungan laskar pelangi tapi versi dah besar.Andrea Hirata itu  novelist indonesia yang terkenal.Sangat bijak dan jaguh dalam berkarya.Buku-buku yang dihasilkannya pun lumayan sik.(indonesia terbaik)


Mikhail pula kisah pembunuhan.Aku suka juga novel thriller.Tapi lebih suka kalau ada novel ala2 CSI.tapi x jumpa.Mungkin ade jek kat Malaysia,x tercari...


TAZKIRAH HARIAN :
-Allah sentiasa bersama kita walau di mana kita berada.X percaya?cuba baca (surah Al-Hadid;4)


-Jika ada pertemuan antara halal dan haram maka kita ambil ia sebagai haram (kelas Fiqh u.akli)
perbahasannya kita jumpa di kelas asbah ustaz akli (ahad-khamis jam 3.30 ptg)




CERITA BEST:




IKAN BAKAR.CEREKARAMA.