Friday, July 29, 2011

Bukan satu pengakhiran.(selamat tinggal 2nd year)

\Bismillah..Dengan Nama Allah.

Begitu pantas masa belalu.Seolah - olah baru semalam aku menulis http://akuseorangdaie.blogspot.com/2010/12/tahun-dua-di-mesir.html
Masa begitu penting bagi seoang pelajar.Hanya oang yang bijak menggunakan akal fikirannya dapat menggunakan masanya untuk pekara2 yang berfaedah.Allah telah berfirman Demi Masa Sesungguhnya Manusia Dalam Kerugian..


Pelbagai ujian dan dugaan aku tempuhi.Ujian pelarjaan,sahabat,dakwah dan lain2 lagi.Kiranya jika aku diberi plihan untuk mengulang masa sebelum ini rasanya tak terdaya aku nak mengulanginya semula.


Tetapi,jika  mengikut fakta sebenar ujian yang diberi tuhan kepada aku x sehebat ujian para rasul yang diberi utusan untuk menyampaikan islam.


Aku sangat bersyukur kerana ALLAH memberi aku peluang belajar di Mesir.Selama aku duduk di sini aku kenal dengan ramai orang yang hebat2 dan boleh dijadikan contoh.


Mereka bukan sahaja hebat dai segi akademik malah dalam berpersatuan,berdakwah dan lain2 lagi.


Aku juga jumpa ramai kawan2 yang peramah,baik hati dan sentiasa membantuku dalam susah dan senang.

Terima kasih Ya Allah..

Sahabat2 sekalian...


Jika kita imbas dan renungkan sejenak betapa banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Semalam aku pergi Hussin (pasar di kaherah).Aku lihat seorang pakcik tanpa tapak kaki di sebelah kanannya dan tanpa betis di sebelah kaki kirinya.Beliau tidak memakai alas untuk berjalan.Di bawah kakinya yang kodong terlihat nyata bekas berjalan.


Subhanallah...Maha Suci Allah


Jelas kelihatan tulang tibia dan tulang fibula.Namun pakcik tersebut tersenyum riang tanda syukur atas kehidupan yang masih diberikan Allah.


2 tahun di Mesir aku bukan sahaja belajar medik.Tetapi aku belajar kehidupan.Makin banyak aku belajar semakin banyak aku tidak tahu.

Banyak contoh yang baik yang boleh kita ambil oleh orang di sekeliling kita.Kita kena sentiasa ingat.Allah lakukan sesuatu pasti ada sebab dan musababnya.


Kadang2 kita tertanya kenpa Allah uji aku degan itu dan ini.Kadang2 kita tertanya kenapa Allah jumpakan aku dengan oraang yang macam ni.Yakinlah semua ini ada sebabnya.Carilah sebabnya dan pelajarilah darinya.


Lalat yang hinggap di baju kita pun pasti ada kebaikan dan iktibar yang boleh kita dapat.


InsyaAllah selepas ini aku akan naik tahun 3.Rasa diri makin besar,tanggungjawab makin banyak.Ya Allah berilah aku kekuatan......


WALLAHUALAM...

No comments:

Post a Comment