Friday, July 15, 2011

TUDUNGKU BUKAN TUDUNGMU

Bismillah...

Assalamualaikum,salam sejahtera.Dah lama aku x menulis.AL -maklumlah sedang fatrah peperiksaan.

Situasi 1:

Kawan: Zaty apsal kau pakai tudung labuh?

Aku :   erm...sebab aku sekolah agama.(jawapan masa zaman jahil dulu,tu yg skejap labuh skejap pendek)




                                                               pilih yang mana satu ?


Situasi 2

Kawan: Zaty,kenapa kau pakai tudung labuh?
Aku: Kerana rasulullah suruh.Rasulullah suruh tutup dada,jangan berlebihan dalam tabaruj,.(ni bile dah ade ilmu,harap berkekalan)

-”Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur 
: 31)

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).

Bila lihat kembali situasi A,jika itulah penyebab kita pakai tudung /tudung labuh sia2 sahaja kita belajar dekat sekolah agama.
Belajar sekolah agama 5 tahun tapi ilmu yang difahami lebih rendah daripada yang x sekolah agama.

Dan apa yang menyediihkan lagi ialah apabila sudah 5 tahun belajar di sekolah agama kemudian free hair pulak.Makna kata,apa yang dipelajari selama di sekolah agama gagal menjadikan dia seorang yang faham.Sayang seribu kali sayang....

Nak salahkan siapa?
Cikgu yang gagal memahamkan anak murid?
Kawan2 yang x beri support untuk pakai tudung?
Keluarga yang tidak tegur apabila decide nak free hair?
Atau diri sendiri yang tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari?

Tepuk dada tanya IMAN...

Kita lihat pula situasi B,memakai tudung kerana rasulullah suruh.Makna kata kalau rasulullah tak suruh tutup rambut,tak payah lah pakai tudung.


Jadi,jawapan sebenar kenapa kena pakai tudung ialah kerana perintah Allah dan rasul.Bukan kerana memang dah diajar dari kecil,bukan kerana mak suruh dan bukan kerana sekolah agama.

Tapi,kenapa kau pakai tudung labuh?pakai tudung biasa je kan boleh,tutup dada juga.


Ye.memang dah menutup aurat jika pakai tudung yang tidak begitu labuh.Tapi aku pakai kerana banyak tujuan.Antaranya:

1.Pakai tudung labuh untuk mengelak fitnah.
Contohnya :aku pergi jalan2 dengan abang aku.Biasanya kalau aku pakai pakaian biasa(jeans,t shirt,tudung indon)pasti orang akan fikir aku jalan dgn pakwe.Tapi kalau aku pakai tudung labuh,jubah orang akan fikir 'jalan dgn suami dia tu/abang dia tu..xkan orng pakai mcm tu bercouple.

2.Untuk jauhkan diri daripada dosa.
Contohnya:Bila kita pakai tudung labuh,secara automatik kita akan malu nak buat dosa.Aku akan rasa malu nak meliar mata tengok ajnabi bile aku pakai tudung labuh.hu2

3.Ikuti contoh orang2 alim.
Aku tengok orang2 alim semua pakai tudung labuh,berjubah.Aku tak lah alim pun,tapi insyAllah bile kite ikut cara orang2 alim berpakaian kita pun menjadi sebahagian daripada mereka.

4.Tujuan keselamatan
Tudung pendek ni kurang selamat.Kenapa?Sebab bila tiup angin sikit dah terbang habis.Kalau pakai tudung labuh tiup angin sikit terbang sikit jek....chill...*_*


Tu je kot buat mase ni..salam imtihan untuk mereka yang akan menghadapi peperiksaan.



No comments:

Post a Comment