Monday, December 13, 2010

Tahun Dua di Mesir

Dah lama aku x update blog aku ni.Tahun 2 ni agak sibuk..*_*
Alhamdulillah,aku kini selamat naik tahun 2 tanpa kertas ulangan(repeat paper).Dengan markah jayyid,aku sangt bersyukur.Ini semua adalah rahmat dan kasih sayang dari Allah.Buat sahabat yang kena repeat,jangan putus asa.Teruskan usaha.Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan Allah tahu dia sanggup menghadapinya.

Sekarang ni dah masuk bulan ke tiga aku berada di sem ke-3.Pantas masa berlalu,selepas ini aku akn masuk ke sem 4.Lagi 2 mnggu exam.Modul kali The power of nervous system.Ceh,xde the power pun.Nervous system jek..Aku tambah the power sebab,bila aku belajar mengenai nervous system ni atau nama bahasa melaya ialah sistem saraf,aku sangat kagum dengan kepantasan dan kcanggihan sistem ini bekerja.Dan apabila sistem ini rosak walaupun sedikit,MasyaAllah ..impaknya sangt besar kepada si pesakit.Contoh penyakit popular yang berkaitan ialah alzheimer,parkinson dll.Ini semua kerja Allah.Sangat rugi jika orang yang mempelajarinya tidak mengaitkan apa yang dipelajarinya dengan si pencipta.Aku akan tunjukkan insyaAllah,serba sedikit mengenai sistem ini.Bersambung..


No comments:

Post a Comment