Friday, June 7, 2013

Attention Deficit Hyperactive Disorder


Alhamdulillah selesai raound COMMUNITY MEDCINE.
Doktor tanya,apa yang menarik dalam round ini.Aku beritahu paling best masa melawat DARUL HANAN (sekolah pendidikan khas di mesir)

Apa yang menarik aku dapat lihat bagaimana pelajar-pelajar ini berinteraksi sesama mereka.


Ada 3 kategori pelajar2 di sini:
1-Autisme
2-Attention deficit child
3-Down syndrome.

Apa yang buat aku tertarik ialah pelajar2 Attention Deficit Hyperactive Disorder .Sebab ADHD ni kita susah sikit nak detect dan sebenarnya ramai di kalangan kanak-kanak yang ada ADHD tapi ibubapa tidak perasan.Guru-guru pula me'label'kan pelajar-pelajar ini sebagai nakal dan 'stupid'.


Mengikut kajian diri sendiri,negara-negara besar seperti USA mengambil berat tentang masyarakat yang mengalami ADHD.Mereka mewujudkan awareness di kalangan masyarakat agar dapat rawatan awal sekaligus mengurangkan complication hyang lebih teruk dan mereka boleh hidup seperti orang normal.

CIRI2 ADHD

1-HYPERACTIVITY (keaktifan melampau)
2-Kurang Tumpuan
3-Impulsive 

Biasanya kanak2 yang mengalami ADHD sering membuat tindakan melulu,cuai dan tidak tahan sabar.Kadang-kadang mempunyai masalah tidak dapat mengawal emosi.

Jika kita dapat mengenal pasti masalah ADHD dengan cepat sejak kecil,Insya Allah apabila besar dia boleh menjadi sperti orang normal.

Masalah yang berlaku ialah,ADHD agak sukar dikenal pasti kerana fizikalnya yang normal.Ciri-cirinya keluar selepas berumur 3 tahun.

PUNCA:
1-Genetik
2-Persekitaran
3-Makanan dan nutrisi


APA TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN???

Apa yang perlu kita lakukan sekiranya kita sbagai guru,atau ibubapa mengenal pasti ciri2 ini trdapat pada kanak2 di sekeliling kita ialah 
-terus rujuk pada pakar kanak2.
-jangan biarkan kanak2 ini bersendirian.berhubung dengan dia melalui cara yang terbaik (jangan seperti kanal2 normal)
-ajar cara kehidupan yang betul
-dan banyak brsabar dalam mendidik kanak-kanak ini.
-jangan lupa untuk terus berdoa kpada Allah Maha Esa.


Tidak semua faham keadaan kanak-kanak ini.Mereka yang berada dekat dengan orang yang mengalami ADHD perlu membimbing pesakit ini dengan cara yang terbaik.Allah telah memilih dikalangan hamba-hambaNya untuk diuji dengan pelbagai2 cara.

Lastly,semoga di akhirat kelak merekalah yang akan membantu kita.Insya Allah...




SEGALA MAKLUMAT MENGENAI ADHD DI ENTRY INI ADALAH HASIL DARI SUMBER2 INTERNET,PENGALAMAN DAN PELAJARAN DALAM KELAS.JIKA INGINKAN MAKLUMAT YANG LEBIH LANJUT SILA RUJUK PADA PAKAR.TERIMA KASIH

CINTA JANGAN PERGI

Bismillah..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.Semoga entry blog ini tidak melalaikan kita dari mengingati Allah..



Baru-baru ini tn9 telah menayangkan drama yang bertajuk CINTA JANGAN PERGI.

Dengan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir telah merubah segalanya. Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Kalil (Remy Ishak) dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja dalam perjalanan ke Paris.
Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah bersama. Mulanya Lea kurang menyenangi kehadiran Kalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi setelah saling mengenali, mereka mula merasa senang dengan kehadiran masing-masing. Bibit cinta mula terbit di hati mereka setelah melalui hari-hari bahagia bersama. Percintaan mereka berlanjutan walaupun setelah mereka pulang ke London.
Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini terjadi ke atas Khalil. Kehilangan Kalil membuatkan Lea buntu samada untuk terus menunggu Kalil atau melupakan kenangan lalu dan bersama Hudd (Josiah Hogan

Apa yang aku nak simpulkan di sini. HAKIKATNYA
1-Lelaki yang bernama Kalil itu,Allah memeberi peluang untuk dia hidup semula supaya dia bertaubat kepada Allah atas dosa-dosa silamnya,malangnya dia bangkit untuk melakukan semula dosa-dosa silamnya.Jauh dari hidayah..astagfirullah..
2-Cerita ini menggambarkan cinta buta remaja kini yang jauh dari hidayah Allah.Mereka mementingkan cinta berbanding keluarga,agama dan masyarakat sekeliling.Berpelukan di depan orang ramai,lea sanggup menipu ibunya kononnya untuk mengejar cinta sejatinya,Kalil sanggup meninggalkan keluarga kerana kecewa dengan cinta.sadis sungguh..
3-Brsyukurlah diberi peluang untuk belajar di luar negara.Pergi europe atau sebagainya dengan membawa pasangan yang belum halal adalah sesuatu yang tidak sepatutnya ummat nabi muhammad s.a.w lakukan..adalah baiknya lea dan kalil berkawin dahulu semasa belajar,insya Allah perkara-perkara yang tak diingini tak kan terjadi.Nak pergi jalan2 pun rasa tenang bila dah berkawin.Insya Allah CINTA TAKKAN PERGI...=)



okay,entry sampai di sini sahaja..semoga Allah mengampuni dosa2 kita semua...

Wednesday, March 27, 2013

HATI-HATI MERAWATI

27 MARCH 2013
ELECTIVE COURSE:PHARMACOLOGY



Alhamdulillah,berjawa juga akhirnya apa yang aku hajati.Ingin belajar bersungguh tentang ubat.Kerana doktor,ubat dan pesakit adalah satu lingkungan yang tidak dapat dipisahkan.Doktor yang baik akan bagi ubat yang terbaik untuk pesakitnya..

Cuba perhatikan kisah ini :

Al-kisah,

Hari ni kami belajar tajuk 'myopathies'. Usai kelas teori, tiba waktu klinikal dan prof kami pon bawa msuk seorang pesakit. Pesakit ni mrupakan seorang bdak berumur sekitar 8-9 tahun. Nak dipendekkan cerita, bdak ni ketika berumur 7 dia diserang penyakit Guillain–Barré syndrome. kmudian dia tlah dirawat oleh seorang doktor dari sebuah universiti. sbb penyakit ni memerlukan rawatn seg
era. Maka suntikan corticosterone pon diberi. Alhamdulillah, bdak tersebut sembuh drpd penyakit tadi ttp malangnya ubat itu tlh menyebabkan kesan sampingan yg amat buruk sbb ubat yg diberi tersebut mrupakan 'long acting corticosteroid' (bertindak utk jangka masa yg panjang). >long acting corticosteroid hnya boleh diberi 3 kali maksimum setahun<

Kami sekelas ditunjukkan kesan tersebut yg antaranya mnyebabkan bdak tersebut mghidap cushing syndrome (muka bulat macam bulan, pipi kemerahan, misai dan sedikit jambang, central obesity, striae dan sbgnya). Bayangkan, seorang budak berumur 9 thun berbadan bulat ditambah dgn misai seakan remaja 20an. Dan ap yg lbih menyedihkan lg, bdak tersebut juga turut menghidap tekanan darah tinggi yg menyebabkan dia perlu mgambil 3 jnis ubatan utk darah tinggi tersebut.




Semua ini berpunca dari kesilapan yg mgkin kecil bg seorang doktor iatu tidak mengetahui bhw 'Long-acting steroid shots are designed to release steroid slowly in the body, thus it is given at most 3 times a year" namun sebaliknya yg dilakukan. doktor tersebut memberikan sejumlah 70 suntikan dlm tempoh dua tahun! lebih dari sepuluh kali ganda! Kesannya, dr tersebut seakan-akan telah 'membunuh' masa depan bdak yg tidak berdosa tadi.



Maka sama-samalah kita muhasabah blik mcm mna dgn usaha kita dlm blajar utk menjadi seorang dr. Adakah cukup dgn lulus dlm ppriksaan? adkh memadai dgn membaca skadar tajuk2 yg hnya akn masuk periksa? Lihat bgaimna kisah dr di atas yg hnya terlepas pndang dgn 'satu ayat' didalam buku mnyebabkan hancur masa dpan seorang bdk. Bagaimana dgn diri kita yg hnya mmbaca skadar utk lulus exam. Tu pun bkan ingt semua dan hnya sekadar mmhami melaui pembacaan sendiri tnpa penerangan dari prof2 di kuliah. Agak2 brapa bnyak pesakit yg akn jadi mangsa kita kelak smada membunuh msa depan ssorang @ lbih truk lagi mmbunuh jiwa
bayangkan.... 

~jom ubah sebelum parah~

'إن الله يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه '
" sesungguhnya Allah menyukai seseorang yg melakukan amal (pekerjaanya) dgn itqan (tekun)"



Cerita di atas aku copy paste daripada seorang senior seuniversity.Sebenarnya banyak lagi cerita-cerita mengenai penyakit yang disebabkan oleh kecuaian doktor.Atau yang dinamakan MALPRACTICE'

Ok,back to the class.
Doctor sangat baik.Dia pernah ajar aku dulu masa 3rd year.Tapi masa dulu dia agak garan,sekarang ni dia sweet pulak.Mungkin sebab semua perempuan kot..

Antara buku yang dicadang untuk beli ialah
-internal med
-pharmoacology 
-BNF
230LE-ORIGINAL
30LE-PHOTOSTAT


dan tiga2 buku ni definetly yang besar2 dan berat.Dia suruh bawa tiap2 hari..
dan insya Allah kini aku terasa semangat untuk belajar
dan kelas 9-2 straight..dia pesan,you all come here to study hard.dont waste your time..
insya Allah doktot.

kawan2 seperjuangan 9 orang:(BELUM AMBIL GAMBAR SAMA2 LAGI)
-miah
-alin
-nami
-lily
-athirah
-nini
-yus
-ina
-aku


Doakan aku dan sahabat2 aku semua kuat menempuhi pharmacology elective ni yang selama dua minggu.


Monday, March 25, 2013

Benarkah Cintaku?



Bismillah..
Semoga Allah redha..

aku tidak pasti,ada atau tidak makhluk Allah membaca entry ku kali ini.
apa yang aku ingin sampaikan ialah,aku sedih dengan diriku yang sering kali lupa untuk mentarbiyyah orang di sekelilingku..


Benarkah Cintaku?

cinta aku adakah benar untuk illahi,apabila seruan dakwah ku biarkan sepi,
cintaku adakah benar cinta setulus hati,kerap kali aku menyombong diri,
cintaku padaNya adakah cinta hakiki,jika syurga yang ku harapkan tidak setimpal dengan doaku.

keikhlasan hati sering kali menguji diri,
benarkah aku bekrja untukNya
jika benar mengapa sukar untuk ku betul khusyuk di hadpanMu
jika benar mengapa aku biarkan kemungkaran berlalu,pada diriku jua di sekelilingku

Syurga itu benar,Neraka itu benar,
Pahala itu benar,Dosa itu benar,
Namun,adakah cintaku padaMu benar...

Hanya Padamu...


Aku Yang Berdosa

Sejauh mana langkah ku di sana
Aku melupakan mu

Seluas mana kau beri padaku
Masih ku angkuh padamu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Segalanya Dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

shahir-aku yang berdosa...hanya padaMu



Thursday, September 6, 2012

SAYONARA SEM 6.

Alhamdulillah...satu perkataan mengambarkan sejuta makna.Rasa syukur atas segala nikmat yang diberiNya.

Sungguh pantas masa berlalu,hingga tidak sedar aku sudah pun menamatkan pre-clinical ku.Kini 3 tahun lagi insyaAllah aku akan menjadi seorang doktor.



                                                  SECTION 6 2012.insyaAllah jumpa sem depan =)


Apabila result diumumkan aku berdebar.Takut2 aku tersangkut mana2 paper.Alhamdulillah,Allah beri aku peluang untuk merasai nikmat lulus semua.

Aku pulang awal ke Mesir kali ini.Terlibat dalam program sambutan Mahasiswa Tahun 1.Keluarga sedih,aku pun sedih.Manakan tidak selalu cuti 2 bulan,kali ni cuti sebulan sahaja.Tidak mengapa,aku puas beraya bersama keluarga.Aku ada amanah yang perlu aku selesaikan di sini.Semoga Allah memberi yang terbaik untukku.


Selamat datang adik2 baru ...


Buat sahabat2ku yang ada peperiksaan.Aku doakan semoga dipermudahkan urusan.InsyaAllah,Allah pasti membalas kebaikan dengan kebaikan,banyakkan berdoa kepadaNya.Allah sentiasa bersama orang yang sabar.


IBU AYAH TERCINTA DI TANAH AIR...



Tazkirah sikit...

-Menuntut ilmu itu penting,tetapi mengamalkan ilmu itu jauh lebih penting.

-Cinta manusia jika tidak disandarkan pada Allah,hanyalah cinta palsu.Carilah ikhlaskan diri dalam mencari cinta Allah,Allah akan beri orang yang mencintai kita seikhlas hatinya.

-Makanan yang terbaik ialah makanan yang berzat,lazat dan berkat..



Monday, March 5, 2012

GAMBAR EGYPT

 Pantai Syatby..sejarah lemas aku dan rakan2

 Strawbery RM5-10 SEKILO.
 Pisang RM 3 sekilo

 Buah Limau 0.75 sen skilo

 Barang2 plastik yg agak mahal berbanding Malaysia..xtau knpa mahal.
 Ammu kedai roti...

 Display roti yg menarik hati pelanggan...

 TUT-TUT teksi motor..best naik ni.
 Ada pasar seni juga kat sini,..

Ingatkan almari..rupanya peti ais...menarik.peti ais daripada kayu.

Sunday, February 12, 2012

Sayonara Sem 5

Bismillah..
Dah lama sangat2 lama aku nak masukkan entry apa2 kat blog ni.Allah uji dengan HP yang tidak rosak akan tetapi tidak boleh guna.Kerana saluran pernafasannya rosak.(Charger).Nyawa molek lagi (battery).


Alhamdulillah selesai sudah menjawab peperiksaan Sem 5.Pantas sungguh masa berlalu.Terasa dengan ayat Allah(103:2).Takut-takut apa yang aku buat selama ni hanya perkara sia2. yang x datang manfaat untuk aku.


Jadi aku nk ucap terima kasih kpd pensyarah-pensyarah yang sentiasa memberi ilmu kepada aku.(walaupun memang sah2 pensyarah aku x baca blog aku,tapi still nk ucap jugak).




endocrine vs genital vs urinary system (3 BIG system in 1 SEM)

Modul ni rasa berat sangat.Masa jawab exam hari tu pun aku x berapa yakin.Mana kan tidak sahabat2 aku yg excellent2 belaka ada yg nangis lpas jwab exam.Apa2 hal pun tetap bersyukur kerana diberi nikmat jawab exam daripada x dapat jawab langsung.




Lepas ni buka buku lain pulak.Dah pinjam dari sahabat aku yang baik hati.Oleh kerana kat mesir ni memang susah nak cari novel2 melayu.Jadi,kalau jumpa mana2 novel yang best kat rumah kawan2 tu pinjam je lah.Nak baca novel arab aku x faham.


edensor aku dah habis baca.Tengah baca Mikhail..Edensor ni cerita sambungan laskar pelangi tapi versi dah besar.Andrea Hirata itu  novelist indonesia yang terkenal.Sangat bijak dan jaguh dalam berkarya.Buku-buku yang dihasilkannya pun lumayan sik.(indonesia terbaik)


Mikhail pula kisah pembunuhan.Aku suka juga novel thriller.Tapi lebih suka kalau ada novel ala2 CSI.tapi x jumpa.Mungkin ade jek kat Malaysia,x tercari...


TAZKIRAH HARIAN :
-Allah sentiasa bersama kita walau di mana kita berada.X percaya?cuba baca (surah Al-Hadid;4)


-Jika ada pertemuan antara halal dan haram maka kita ambil ia sebagai haram (kelas Fiqh u.akli)
perbahasannya kita jumpa di kelas asbah ustaz akli (ahad-khamis jam 3.30 ptg)




CERITA BEST:




IKAN BAKAR.CEREKARAMA.