Friday, June 7, 2013

CINTA JANGAN PERGI

Bismillah..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.Semoga entry blog ini tidak melalaikan kita dari mengingati Allah..



Baru-baru ini tn9 telah menayangkan drama yang bertajuk CINTA JANGAN PERGI.

Dengan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir telah merubah segalanya. Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Kalil (Remy Ishak) dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja dalam perjalanan ke Paris.
Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah bersama. Mulanya Lea kurang menyenangi kehadiran Kalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi setelah saling mengenali, mereka mula merasa senang dengan kehadiran masing-masing. Bibit cinta mula terbit di hati mereka setelah melalui hari-hari bahagia bersama. Percintaan mereka berlanjutan walaupun setelah mereka pulang ke London.
Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini terjadi ke atas Khalil. Kehilangan Kalil membuatkan Lea buntu samada untuk terus menunggu Kalil atau melupakan kenangan lalu dan bersama Hudd (Josiah Hogan

Apa yang aku nak simpulkan di sini. HAKIKATNYA
1-Lelaki yang bernama Kalil itu,Allah memeberi peluang untuk dia hidup semula supaya dia bertaubat kepada Allah atas dosa-dosa silamnya,malangnya dia bangkit untuk melakukan semula dosa-dosa silamnya.Jauh dari hidayah..astagfirullah..
2-Cerita ini menggambarkan cinta buta remaja kini yang jauh dari hidayah Allah.Mereka mementingkan cinta berbanding keluarga,agama dan masyarakat sekeliling.Berpelukan di depan orang ramai,lea sanggup menipu ibunya kononnya untuk mengejar cinta sejatinya,Kalil sanggup meninggalkan keluarga kerana kecewa dengan cinta.sadis sungguh..
3-Brsyukurlah diberi peluang untuk belajar di luar negara.Pergi europe atau sebagainya dengan membawa pasangan yang belum halal adalah sesuatu yang tidak sepatutnya ummat nabi muhammad s.a.w lakukan..adalah baiknya lea dan kalil berkawin dahulu semasa belajar,insya Allah perkara-perkara yang tak diingini tak kan terjadi.Nak pergi jalan2 pun rasa tenang bila dah berkawin.Insya Allah CINTA TAKKAN PERGI...=)



okay,entry sampai di sini sahaja..semoga Allah mengampuni dosa2 kita semua...

No comments:

Post a Comment