Friday, June 7, 2013

Attention Deficit Hyperactive Disorder


Alhamdulillah selesai raound COMMUNITY MEDCINE.
Doktor tanya,apa yang menarik dalam round ini.Aku beritahu paling best masa melawat DARUL HANAN (sekolah pendidikan khas di mesir)

Apa yang menarik aku dapat lihat bagaimana pelajar-pelajar ini berinteraksi sesama mereka.


Ada 3 kategori pelajar2 di sini:
1-Autisme
2-Attention deficit child
3-Down syndrome.

Apa yang buat aku tertarik ialah pelajar2 Attention Deficit Hyperactive Disorder .Sebab ADHD ni kita susah sikit nak detect dan sebenarnya ramai di kalangan kanak-kanak yang ada ADHD tapi ibubapa tidak perasan.Guru-guru pula me'label'kan pelajar-pelajar ini sebagai nakal dan 'stupid'.


Mengikut kajian diri sendiri,negara-negara besar seperti USA mengambil berat tentang masyarakat yang mengalami ADHD.Mereka mewujudkan awareness di kalangan masyarakat agar dapat rawatan awal sekaligus mengurangkan complication hyang lebih teruk dan mereka boleh hidup seperti orang normal.

CIRI2 ADHD

1-HYPERACTIVITY (keaktifan melampau)
2-Kurang Tumpuan
3-Impulsive 

Biasanya kanak2 yang mengalami ADHD sering membuat tindakan melulu,cuai dan tidak tahan sabar.Kadang-kadang mempunyai masalah tidak dapat mengawal emosi.

Jika kita dapat mengenal pasti masalah ADHD dengan cepat sejak kecil,Insya Allah apabila besar dia boleh menjadi sperti orang normal.

Masalah yang berlaku ialah,ADHD agak sukar dikenal pasti kerana fizikalnya yang normal.Ciri-cirinya keluar selepas berumur 3 tahun.

PUNCA:
1-Genetik
2-Persekitaran
3-Makanan dan nutrisi


APA TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN???

Apa yang perlu kita lakukan sekiranya kita sbagai guru,atau ibubapa mengenal pasti ciri2 ini trdapat pada kanak2 di sekeliling kita ialah 
-terus rujuk pada pakar kanak2.
-jangan biarkan kanak2 ini bersendirian.berhubung dengan dia melalui cara yang terbaik (jangan seperti kanal2 normal)
-ajar cara kehidupan yang betul
-dan banyak brsabar dalam mendidik kanak-kanak ini.
-jangan lupa untuk terus berdoa kpada Allah Maha Esa.


Tidak semua faham keadaan kanak-kanak ini.Mereka yang berada dekat dengan orang yang mengalami ADHD perlu membimbing pesakit ini dengan cara yang terbaik.Allah telah memilih dikalangan hamba-hambaNya untuk diuji dengan pelbagai2 cara.

Lastly,semoga di akhirat kelak merekalah yang akan membantu kita.Insya Allah...




SEGALA MAKLUMAT MENGENAI ADHD DI ENTRY INI ADALAH HASIL DARI SUMBER2 INTERNET,PENGALAMAN DAN PELAJARAN DALAM KELAS.JIKA INGINKAN MAKLUMAT YANG LEBIH LANJUT SILA RUJUK PADA PAKAR.TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment