Friday, November 25, 2011

Sayang Ayah...

Bismillah...


Assalamualaikum,dah lama x update blog disebabkan periksa.Habis exam ditakdirkan aku demam.


Biasalah duduk mesir setiap kali masuk winter pasti akan mengalami demam,batuk,selsema dll.


Rawatan :makan lah habatus sauda'(sebenarnya sebelum sakit kene makan,bukan tengah sakit baru nk makan)




Sakit2 ni xtahu kenapa teringat kat ayah n ibu je..


Tapi,entry kali ni aku nak lebihkan kpd ayah.Bukan aku sayang ayah lebih,TIDAK....
Tapi,aku dapati kalau ayah ni kita kurang sikit lebihkan dia.Macam ayah aku,dia memang x banyak cakap.So,memang kalau ade apa2 masalah aku akan beritahu mak aku dulu.So,kali ni kita selami hati seorang ayah.










Jom kita ambil contoh yang terbaik,bagaimana nabi muhammad s.a.w mengasihi saydatina fatimah..
Pernahkah Anda mendengar hadist yang berbunyi, Fatimah adalah bagian dariku. Siapa yang menyakitinya, artinya ia menyakitiku. Siapa yang membuatnya bahagia, artinya ia membuatku bahagia. Siapa pun akan sepakat bahwa hadist di atas menunjukkan betapa sayangnya Rasulullah kepada Fatimah Az Zahra.


Saya pasti ayah kita juga begitu.Bagaimana ayah kita korbankan harta untuk memastikan kita memperoleh kehidupan yang selesa,ilmu yang bermanfaat dan lain2 lagi.






Sahabat yang dikasihi sekalian,sebenarnya aku akui ada juga disekeliling kita yang tidak bernasib baik mendapat ayah yang kurang bertanggungjawab.Tapi,ini bukan alasan untuk kita tidak menghormati beliau.
Kerana dia,kita berada di dunia ini.




Sahabat,aku pernah mendengar cerita seorang ayah yang meninggalkan anak2nya kerana tidak mampu menjaga atas faktor2 kewangan.Apabila sudah tua ayah tersebut ingin mencari anak-anaknya,malangnya anak2 tersebut tidak dapat memaafkan ayahnya.






Jika difikir-fikirkan kembali,memang ayah tersebut ayah yang tidak bertanggungjawab.Tapi kita sebagai anak janganlah ikut jejak langkah ayah yang tidak bertanggungjawab itu.Jadilah anak yang bertanggungjawab.

Penah x dengar cerita di zaman nabi musa ada seorang anak soleh yang tetap menjaga ibu bapanya walaupun ibu bapanya bertukar wajah menjadi babi akibat derhaka kepada Allah..ambil lah contoh dari sikap pemuda ini.


Allah berfirman : Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;


Rasanaya setakat ini dahulu.


~Nasihat saya hormatilah ibu bapa kita walaubagaimana pun cara dia membesarkan kita.


~Orang yang rugi bukanlah orang yang tidak merasai kasih sayang ibu bapa(anak yatim) tetapi 
   orang yang rugi ialah yang tidak menjaga dan mengasihi ibu bapanya ketika dia masih hidup.


~Semoga sentiasa perbaiki amalan dan meningkatkan iman.











No comments:

Post a Comment