Monday, December 12, 2011

TIPS MENGUNDI

Bismillah...


Sejak dua menjak rajin pulak aku meng'update' blog ni.Alhamdulillah nikmat masa yang Allah kurniakan.


Tapi kadang2 kalau banyak sangat masa singgang jadi ujian pada diri kita juga.






Post kali ni sekadar PENDAPAT,bagaimana nak memilih calon2 yang sesuai untuk menjadi AJKT PERUBATAN 2012/2013.






Erm..bagaimana agaknya ye???


Jika semua perasan calon kali ni MasyaAllah hebat2 belaka.Baik AJKT ikhwah mahupun akhawat.Calon untuk pengerusi dan timbalan lagi lah aku pening nak pilih yang mana.


Okay antara tips2nya ialah:


1-Mestilah pilih agamanya.
Tak bermaksud dia kene bersongkok atau bertudung labuh.Selagi dia terkenal dengan baik akhlaknya dan tidak melakukan perkara2 yang mungkar maka undilah dia.






Antara calon yang bertanding..LIYANA ZULKEFLI

2-Perhatikan menifestonya
Siapa kata menifesto tak penting?Dengan ada nya menifesto lah baru kita dapat menilai apa yang ingin dibawa oleh calon ke dalam PCI.


antara menifesto ialah:

~MEMARTABATKAN ILMU,MEMNTAPKAN SAHSIAH DAN MENUJU KERDHAAN ALLAH~ (liyana zulkefli)

Jika menifesto yang diterangkan nanti difahami,dihayati dan pengundi yakin membawa kebaikan kepada PERUBATAN maka undilah si calon tersebut.




Mantap2 calon pengerusi dan timbalan...


3-Lihat si pencadang dan penyokong.
Jika kita tak kenal calon tu siapa.Barangkali junior atau senior kita.Atau kita tak berapa rapat dengan dia.Kita lihat siapa yang cadang beliau sebagai AJKT.Jika yang si pencadang itu kita kenal dan orang yang boleh dipercayai.Tiada raguan pada diri kita maka undilah si dia.





Kalau abg Rahim atau kak yani yang cadangkan atau jadi penyokong maknanya mereka percayai kebolehan calon itu.




4-Lihat PR atau PUBLIC RELATIONSHIP dengan masyarakat.
Jika dia ni memang terkenal dengan suka cari gaduh dengan orang atau kasar bahasa-bahasa yang digunakan.Atau sering menggunakan bahasa yang x sedap didengar dan boleh mengguriskan hati maka tak perlu lah undi dia kerana bimbang akan timbulnya kepincangan - kepincangan yang tak diingini dalam persatuan.






Dan kerana akhlak Rasulullah adalah akhlak yang terbaik.Dan bahasa yang digunakan Rasulullah sangatlah lembut dan sedap di dengar.








5-Dan akhir sekali tanya pendapat senior2.
Kerana apa?senior lebih tahu cara calon bekerja.Kalau tanya housemate atau sahabat dia barangkali mereka tidak tahu cara calon bekerja dalam persatuan.Dan si calon mestilah sayang perubatan.






Tanyalah mereka....


WALLAHUALAM..sekadar pendapat.

No comments:

Post a Comment