Wednesday, July 21, 2010

DI SEBALIK OMBAK MEDITERANAN

TARIKH:19 JULAI 2010
MASA: 9 P.M
TEMPAT :BAIT RAHMAH ,DURR RAB'AH,BUR SAID ,CAMP CAESAR.

"Korang kita jadikan nk gi pantai buat picnic esok,Kita ni name jek duduk kat Alex. mandi pantai sekali pun xpernah.At least b4 balik Malaysia dah rasa air masin Alex,"aku mmbuat announcement di rumahku.Mengajak 7temanbaikku.Pipah,ina,timah,shifa',saibah,mira dan alya.
Sudah hampir setahun kami berkawan.Segala suka duka kami kongsi bersama.
Lusa aku akan pulang ke tanah air sempena cuti musim panas.Tak sabar rasanya ingin jumpa keluarga tercinta.

TARIKH:20 JULAI 2010
MASA:9.30 P.M
TEMPAT:PANTAI SHATBY,ISKANDARIAH.

"Aku dah cakap dah,,kena gi awal,kan dah ramai orang.Segan lah nak mandi,"aku bersuara.
"Takpe yang belah sana tak ramai orang,jom pergi,"Fatimah membalas.
"Hanan,dgn housemate dia pun ade.Hai Hanan,Kinah,Ain,"kami melambai mereka yang sedang asyik bermain dengan air.

Setelah selesai membentang tikar dan menghidang makanan,kami mengajak hanan dan hosematenya makan bersama.Selesai sahaja mengalasa perut kami berlari menuju ke arah laut,kecuali Shifa' dan kinah(housemate Hanan).Katanya mereka tidak suka mandi laut,jadi mereka hanya memerhatika kami dari pantai sahaja,

Setelah asyik dan leka bermain dengan ombak yang kuat,aku lihat Hanan terkapai-kapai di dalam laut.Ain sempat menarik tangan Hanan,tapi degan izin Illahi kaki dia krem secara tiba2.
Alya cuba menghampiri mereka,aku turut ingin membantu.Aku capai tangan Ain.
"Zati!Kau buat ape datang sini?kau x pandai berenang,"Alya meninggikan suara.Aku jadi 'blur' sebentar.Betul jugak kata Alya,aku mana pandai berenang.Tapi itu semua sudah terlambat.Tidak sampai beberapa saat aku ditarik oleh ombak.Aku turut terkapai-kapai seperti Hanan.Aku lihat kawan2 ku yag lain cuba membantu.Tapi apakan daya,niat untuk membantu tetapi mereka juga turut menerima nasib sepertiku.
Daripada untuk selamatkan seorang rakan yang lemas.Kini ,seramai 6 orang yang lemas.Mereka yang pandai berenang seperti Alya,dan mereka yang tidak membasahkan badan mereka meminta pertolongan dari ammu life guard.

Ketika itu,aku begitu yakin,inilah penghujung hidupku.Aku tidak berhenti-henti bertasbih dan bertahlil.Takut aku mati seperti Firaun la'natullah..
Dan ketika itu aku lihat seorang ammu lifeguard membawa pelampung.Dia mencampakkan pelampung ke arah kami(aku,pipah,timah dan hanan).Kami berpaut pada pelampung itu.
Kemudian dia pergi menyelamatkan Ain dan bawa Ain berpaut sekali ke pelampung.

Kami dibawa ke pantai.Alhamdulillah,semua selamat.Kami berpelukan dan menangis bersama.Syukur Allah masih memberi peluang kepada kami untuk beribadah dan meminta ampun akan dosa-dosa.

Buat rakan-rakan yang terlibat jom meri kita renung bersama.
Pengajaran yg aku dapat:

1.Sentiasa bersedia menghadapi kematian,walaupun esok nk balik Malaysia

2.Dengar cakap orang2 tua/pengalaman bnyak x kira melayu ke mesir ke.ammu life guard dah kata jgn main kat ctu,degil.

3.Cuba muhasabah diri,Allah bagi signal suruh bertaubat.

4.Aku dapat rasakan ukhuwah fillah kita.

5.Rasulullah kan suruh blajar berenang.

6.Lastly,kalau dah tahu x pandai berenang,jgnlah pandai2 nk tolong orang yg lemas.Sama jugak,kalau xde ilmu agama,jgn pandai2 nk buat fatwa.


Sebenarnya bnyak lagi boleh kita fikir.Ini adalah msej dari Allah..
Untuk cter yg lebih selanjutnya lawat ni http://astepfowardtothefuture.blogspot.com/

p/s:dikatakan mati yg paling sakit ialah lemas dan mati terbakar.

3 comments:

  1. pling sakit lemas ngn terbakar ek??nk perlii ke??haishh..hahah..XD..terbakar ngn dapur gas..=P

    ReplyDelete
  2. salam teman..blog sape tu..hehe..
    syukran =)

    ReplyDelete
  3. haha ina,,,
    due2 pernah rase...
    keep up zati...
    best dah nie..

    ReplyDelete