Monday, June 20, 2011

TERIMA KASIH

Bismillah....sekarang ni dalam fatrh peperiksaan.Memang masing2 sibuk dengan buku.Tapi,dalam kesibukan masing2 pasti memerlukan sesuatu yang perbuatan untuk mengurangkan ketegangan exam...contohnya update blog...just simple message..thank u.




terima kasih...

  • terima kasih diucapkan kepada housemate yang sering menyokong dan membantu aku selama mana aku di mesir ni (fatimah yang pandai masak,mira yang pandai bagi semangat,saibah yang rajin study,ina yang pandai sharing bnda best2, dan alya roomate yang terbaik.)
  • terima kasih diucapkan kepada member studygroup2 aku yang bnyak bantu aku memahami pelajaran medik(ramai sangat nak sebut)
  • terima kasih kepada kepada semua sahabat2 yang rapat dgn aku,yg sharing cerekarama kehidupan yang banyak konflik dan endingnya hanya si Pencita sahaja yang tahu..(ni pun ramai)
  • yang paling penting terima kasih kepada Allah yang menemukan aku dengan orang2 yang baik2 belaka.

Bawah ni ada puisi indah daripada http://hnshabdllh.blogspot.com/ kpd aku .terima kasih ye..x sangka dalam diam pandai berpuisi..


Mungkin kamu pernah mendengar 
desir ombak di malam hari 
bayu laut membelai pipi 
Mungkin kamu pernah melihat
tabur bintang berkelip di langit
menghiasi malam di samping bulan
Terbang dirimu bersama keindahan 
ciptaan Illahi memuji terus memuji
subhanallah .. Maha Suci Allah
lalu...
mengerti kamu akan sesuatu
kerdilnya kamu di atas hamparan itu
namun obormu digenngaman,kuat menemani malamu
tidak akan kau biarkan terpadam
kerana pejalananmu masih panjang
..teruskan perjuangan..wahai aku seorang dai'e...

ikhlas murni  
-hanisah-

Monday, June 13, 2011

S.C.U.B.A

S:Self

C:Contained

U:Under Water

B:Breathing

A:Apparatus





Assalamualaikum.Salam sejahtera.Salam satu Malaysia.Salam satu Mesir.Siapa pernah scuba diving under water?he2.Aku pun tak pernah.Tapi semalam belajar mengenai scuba ni.Mengenai tekanan udara di w\bawah aras laut.Rupanya Allah memang dah jadikan tekanan udara dekat bumi ni memang sesuai sangat untuk paru2 kita.Alhamdulillah...


Sebab tu xde orng duduk dekat dalam laut.Bukan sahaja sebab laut tu penuh degan air.Tapi tekanan udara dalam laut tu x sesuai dengan paru2 kita.TEKANAN LAUT TINGGI SANGAT.Even,penyelam pun memang susah nak sebenarnya nak bernafas lama2 guna container.


So,aku study apa yang berlaku sebenarnya pada paru2 para2 penyelam.As we know our earth:
percentage of air
21%=Oksigen
78%=Nitrogen
1%=others


OK,bile kita menyelam percentage tak berubah,tapi apa yang berubah ialah kandungan udara(semua udara termasuk O2,N2,Co2) atau bahasa jawanya VOLUME OF THE AIR.


Contoh:


Sea level(yang kita duduk sekarang): 100%volume
turun 33 kaki ke dalam laut:50%
turun lagi 66 kaki:33%


Selain tu,dekat laut juga bila kita menyelam,paru2 kita akan compress macam tin yg korang nak buat recycle tu...




Bile menyelam,tekanan udara berat,so susah juga nak bernafas.X caya?tanya penyelam..hu2


So,antara sakit2 yang akan atau mungkin kita dapat jika x tahu cara2 nak diving dgn betul ialah:


Decompression Sickness (X TAU APA DALAM BAHASA MELAYU =)HU2


Penyebab:Naik ke dasar dengan cepat.Bile dah turun laut tu..jgn naik cepat2 nnti kena sakit ni.Tapi,kalau ade jerung mcmana ek?erm...kalau ade jerung xpe lah naik jek cepat2,bile dah naik nnti kita bagi ubat kalau sakit.


Apa yang berlaku sebenarnya?
Nitrogen yang terkumpul dalam saluran darah terkejut sebab kita daripada tekanan tinngi ke tekanan rendah cepat sangt.Lepas tu akan ada bubble nitrogen keluar .
Symptoms:


  • Sakit kat sendi2
  • lumpuh
  • sesak nafas
  • telinga pecah
  • sakit jantung
  • bnyak lagi la...


Camna nak ubat?


Gune Recompression Container.
Kalau kita ade symptom2 ni kita kena masuk satu tempat di mana yang ada tekanan udara yang sesuai untuk membetulkan paru2 kita dan saluran darah kita.




Ada lagi satu penyakit namanya nitrogen narcosis.


Nitrogen Narcosis akan berlaku kalau turun 120 kaki dari dasar laut
Symptom:


  • Hilang pertimbangan
  • sewel/gile
  • jadi biul sekejap.xtau apa2
  • koma


Camne?
Nak menyelam?boleh je menyelam .. tapi kena tau cara2 dan syarat2nya.kalau orang ajar tu cuba la ikut...sekian wassalam


Tazkirah sikit:


  • Allah tidak akan masukkan kita syurga tanpa dia menguji iman kita
  • Keimanan akan tinggi dengan amalan2 soleh.Bukan dengan buka face book..ngeee..
  • akidah + amalan hati + amalan ibadah = 100%
  • akidah=1%
  • amalan hati + amalan ibadah = 00%
sekian wassalam..selamat beramal.

Sunday, June 5, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU

Bismillah...


Very sad because i can't attend my sister's wedding.Well,still sykur alhamdulillah because i still can give her present (tq kak amalina bring my sister's present to Malaysia).


But the most important is doa especially for her happiness...


"Ya Allah,please give the happiness to my sister and her husband...fiddunia wa akhirah"




Akak,this for you..mabruk!






NURUL ASYIKIN DAN MUHAMMAD AMIN

3JUN 2011

Tuesday, May 31, 2011

maafkanku sahabat


Selama ini aku cuba memahami ukhuwah fillah.Apa yang aku faham mengenai hadis rasulullah la yu' minu ahadukum hatta yuhibba liakhihi ma yu hibbu linafsih.


Memang mudah diucap dengan lisan aku sayang sahabatku kerana Allah.Tetapi jika kita teliti adakah kita benar sayang sahabat kita kerana Allah?


Aku teringin sekali merasa ukhuwwah fillah yang sebenar.Sekarang ni aku masih x dapat merasa lagi akannya.Ukhuwwah fillah ialah di mana sayang dan cinta kita kepada sahabat kita semata2 kerana Allah s.w.t
Hubungan mana yang lebih hebat jika bukan saling sayang menyayangi kerana Allah azza wa jalla.


Sama - sama muhasabah diri..


Betul ke kita sayang kawan kita,jika dia buat salah sikit kita dah kecil hati?


Betul ke kita sayang kawan kita jika dia buat salah kita biarkan jek


Kita sayang dia ke,kalau kita malas nak kejut dia solat?


Betul ke kita sayang jika dia bersedih kita buat2 x tahu,jika dia lemah kita x beri dia semangat.






Banyak lagi sebenarnya....
Aku reflect pada diriku sendiri.Aku memang sayang kawan2 aku.Tapi aku tahu tahap sayang aku pada mereka belum tahap betul2 kerana Allah...maafkan ku


Aku akan cuba memperbaiki diriku
Buat sahabat2,aku sayang padamu,
Maafkanku kerana tidak menjadi sahabat yang baik,
Aku ingin kita semua bersahabat sampai ke syurga...


Aku tidak mahu hanya mengenalmu di dunia
Tapi aku ingin berjiran denganmu di syurga
Aku sayang padamu sahabat2,
Tegurlah kesilapanku,
Maafkanku yang banyak kekurangan ini..


Maafkanku yang jarang memberi nasihat dan semangat,
Maafkan ku kerana kurang prihatin akan keadaanmu,
Berikanku peluang untuk memperbaiki diriku,
Aku akan cuba mempraktikkan ukhuwwah fillah yang sebenar2..




.

Thursday, May 19, 2011

SPLEEN NIGHT

.
Sedang semua sibuk upload gambar2 dinner malam tadi.


housemate n friends


Section Hawa


Sebelum aku ke Dinner aku cuba cari apa kebaikan aku ke sana?Mana lagi banyak kebaikan atau keburukan dinner the splendiferous night.


Aku dapat kebaikan dan keburukan.


tapi...
So far,bagus la...dinner malam tadi.Aku pun x lagha2 sangat.Banyak juga kesedaran mlm tadi.


Lagu2 pun x berapa nak lagha..
Makanan Alhamdulillah sedap..
Persembahan mantap
APA YANG AKU X SUKA ORNG2 COUPLE AMBIL GMBAR SEBELAHAN.
dah bagi warning jangan ambil gmbar pakwe makwe..masih x faham2 ke?Astagfirullah...
Aku bukan benci orng couple..cuma aku benci perbuatan mereka itu.


Apa2 pun tahniah aku ucpkan kpd mereka yg organise program ni.Especially pengarah dan timbalan pengarah.


Bagi aku segment paling best ialah masa kesedaran Palestin.Kita ni makan banyak,sedap x habis..lpas tu buang.Saudara palestin kita makan pun x cukup.Ibu ayah dah xde



Kalau x habis,jgn buang...


Macam2 ada masa kat splendiferous night



Ala2 karipap....





Syabas aku ucapkan kpd PCI yg ambil inesetif buat blog Palestin Evergreen http://palestineevergreen.blogspot.com/2011/05/episod-2-perang-dunia-pertama.html



Banyak benda kita boleh buat untuk mereka.Dalam keseronokan kita,ingatlah mereka.Cuba sedaya upaya x beli barang2 boikot.


Sahabat yg dikasihi sekalian...

JOM SUPPORT PALESTIN

http://palestinkini.info/

Monday, May 16, 2011

3rD INtIFAdaH

Assalamualaikum..


Di Mesir baru aku rasa dekat sangat dgn Palestin.Baru2 ni Org Mesir dgn semangatnya mengadakan demonstrasi beramai2 sempena intifada ke3..


Apa itu Intifada?


Aku selama ni pun x tahu apa itu intifadah.Yang aku tahu intifada yang kum Rabbani nyanyi je lah


Intifadah merupakan usaha penentangan Palestin terhadap Zionis yang suka2 ambil tempat diorang.
Zionis memang kurang ajar.Mana taknya,dah la ambil tanah orang,dia bunuh org2 x berdoasa.Siap kau Zionis,nnti Allah balas apa yang kau buat..


Sekarang intifadah dah masuk musim ke-3.Sebelum ini,mesir di terajui oleh husni mubarak yang zalim.Beliau menjalankan persahabatan dgn Israel.So,orng2 mesir x berapa nk support sngt la palestin.Sejak HM(Husni Mubarak) ni ditumbangkan oleh rakyat sendiri,rakyat2 mesir berani untuk keluar dan sokmo buat demonstrasi.Mesir juga dah buka sempadan Palestin Mesir (Rafah).

Sempadan Rafah...


Diorang dah buka...


Nampak x Alex?(tmpat aku sekarang)





Sekarang ni orng2 mesir beramai2 pergi sempadan palestin-mesir(Rafah) support diorang.Nak usir zionis.


Mereka(orng2 Mesir) mula intifadah ni 15 mei sempena hari Nakba.


Apa itu Hari Nakba?


Hari Nakba adalah mulanya hari Israel menceroboh Palestin..


nk tau lbh lanjut klik..http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Nakba




Laporan setakat ni..4 orng Mesir terbunuh dalam buat demonstrasi di Rafah.Tentera Zionis tembak dari jauh.


Smangt mereka..


Ramainya orng...



Support Palestin


Kita Bako jek....

Setakat ini post dari saya..terima kasih kerana sudi membaca.Wallahualam...

Saturday, May 14, 2011

Rumahku madrasah tahfiz Aku serjana Hafiz..insyaAllah

Dengan Nama Allah..


Alhamdulillah,semalam Allah beri izin untuk aku menjawap soala peperiksaan bagi sem ini.


Aku bersyukur kepada Allah.Allah beri aku kekuatan beri aku kesihatan dan pelbagai nikmat lagi.


Allah sentiasa menjagaku,melindungiku dan keluargaku.


Aku baru habis chat dengan ibu.Alhamdulillah,nmpak cahaya hidayah memasuki hatinya.


Aku bukanlah seorang hafizah..tapi,aku teringin menjadi hafizah yang memelihara Al-Quran.Aku sedang berusaha menjadinya.Doakan kejayaanku.


Aku sentiasa berdoa agar keluargaku menjadi pembantu agama Allah.Dengan izinNya,keluargaku diberi tugas untuk menjaga sekolah tahfiz di Batu Pahat.Tahfiz Al-Quran Darul Tuba.


Ini semua rencana Allah.Aku bercita-cita ingin menyumbang tenagaku di sana apabila aku habis belajar nanti.



Buat sesiapa yang ingin masukkan anak2 ke sedara mara ke di sekolah tahfiz ini,sila berhubung dengan ibuku

013-7402567-pn Fauziah (pelajar lelaki sahaja)




Asrama 




Yang ni dewan makan



Kelas dan pejabat


Surau dan tempat hafalan

Hmm,,doakan semuanya berjalan lancar.Dan apa yang dikerjakan mendapat redha Nya......WALLAHUALAM