Wednesday, May 4, 2011

AGAMA ITU NASIHAT

الدينية الاستشارية


Bismillah..


Hari ini aku ada assigment.Tajuk cardiac reflex.Mengenai bagaimana jantung kita akan berkerja jka sesuatu berlaku.Tajuk ini best.Tapi aku teringin nak tajuk pathology(mengenai kerosakan jantung).


Aku nak nasihat diri aku dan kawan2 aku yang baca post ini.
Sebab agama itu nasihat...


NASIHAT PERTAMA:
Hidup ni kena sentiasa memberi.Jika kita diberi tugas hendaklah kita menerimanya seikhlas mungkin.Mengorbankan masa idea,walalaupun kita tidak akan dapat benefit.TAPI kita kena yakin buat DENGAN IKHLAS insyaAllah walaupun manusia x beri apa-apa dekat kita,Allah akan beri pahala yang terbaik.INGAT!!!!BUAT KERJA KERANA ALLAH....
Bila difikir kenapa surah al-ikhlas diberi nama al-ikhlas..sedangkan xde pun perkataan ikhlas dalam surah tu...


Surah ke 112 ;4 ayat
Katakanlah dialah Allah yang maha Esa
Allah tempat meminta segala sesuatu
Allah tidak beranak dan diperanakkan
Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan dia.


pendekkan??
pernah tadabbur surah ni?knpa diberi nama al-ikhlas?
aku bukan lah penafsir.Kerana sifat jahil yang terbelenggu dalam diri haram bagiku menafsir al-quran.apa yang kita boleh buat ialah tadabbur..tadabbur x sama dengan tafsir...
Itulah agama islam...tunjak utama beriman dengan Allah adalah ikhlas...ikhlas dalam setiap perkara.Bukan sahaja dalam ibadah khusus,malah dalam setiapn perbuatan kita.Gosok gigi,makan,bercakap.layan kawan dan lain2.


setiap perbuatan ,amalan,percakapan akan diambil kira,,,






NASIHAT KEDUA:
Jangan selalu memberi kesusahan kepada orang lain.Tetapi berilah kesenangan kepada orang lain.
Jika kita beri kesenangan kepada orang lain insyaAllah ALLAH AKAN BERI KESENANGAN KEPADA KITA.


Allah berfirman:sESungguhnya dalam kesusahan ada kesenangan..


Allah berfirman juga:Jika kamu meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik,Allah akn melipatgndakan balasan untukmu..


Kalau kita rasa susah tolong orang,ingat ayat ni...




NASIHAT KETIGA:


Apa tanda kita buat kerja ikhlas???
nak tahu kita buat kerja ikhlas ke x,,kita ada mengeluh tak masa kita buat kerja tersebut.
kita ada berangan orang puji x,masa kita buat kerja tu..kalau xde insyaAllah ikhlas kerja kita,
Contoh,masa tulis blog ni,..aku ada berangan x nnti bila tulis ramai orng yang follow aku..kalau ada perassan tu maknanya aku buat kerja x ikhlas...(sbgai contoh)


Jadi,sentiasa memperbarui niat kerana Allah.


Wallahualam

BERSABARLAH SAHABATKU..


Menerima berita yang tidak disangka pagi tadi.
Ibu kepada salah seorang sahabatku meninggal akibat sakit jantung.Semua ini dugaan untuknya tanda betapa Allah sayang dan cintakan hambanya ini.Bersabarlah sahabat,..

Dengan peperiksaan yang hampir tiba dan berita kehilangan seseorang yang paling kita rapat didunia memang satu ujian berat.Minggu lepas kelas tafakkuh ustaz aqli mengenai kesabaran pelajaran kitab riyadus solihin.
Allah akan memberi syurga kepada mereka yang bersabar.
Semoga kehilangannya orang yang kita sayang akan diganti dengan syurga yang tiada tolok bandingannya.Semoga Allah mencucuri roh arwah...AL-FATIHAH..

Yang pergi tetap pergi yang hidup perlu teruskan hidup...

Sesunggunya dunia ni hanya mainan semata...

KESABARAN...



Bismillah...dah lama aku tak menulis.

Aku akan menduduki peperiksaan tak lama lagi.Keputusan peperiksaan yang dahulu amat mengecewakan,walaupun lulus tapi keputusan
n itu tak membanggakan.

Sahabat-sahabat aku semua sedang sibuk mengulangkaji pelajaran.
Aku memang tidak sebijak mereka.Tapi aku yakin Allah memberi 'reward' atas usahaku.InsyaAllah bila aku berusaha aku akan mendapat pahala.
Teringat cerita Nabi Nuh hampir seribu tahun berusaha berdakwah.Tapi hanya beberapa kerat sahaja yang menerima dakwahnya.Adakah kita judge nabi Nuh sebagai looser??sudah tentu tidak..
Habis tu kita dah berusaha,kalau kita tak lulus adakah kita dah kira looser????Mungkin orang akan judge kita sebagai looser..Tapi Allah akan sayang kita kalau kita berusaha keranaNya dan kita terima takdirNya.

KALAU KITA DIBERI DUGAAN KITA AKAN BERUSAHA MENADAH TANGAN DENGAN SEPENUH HATI.
TAPI,KALAU KITA TIDAK ADA DUGAAN MUNGKIN KITA AKAN MENADAH TANGAN TETAPI TIDAK BERSUNGGUH....

SEBENARNYA TIADA DUGAAN DALAM HIDUP ADALAH SATU DUGAAN....

Thursday, February 3, 2011

Revolusi Mesir siri 1

Mengenai keadaan di mesir.Aku sudah masuk 5 hari aku di bangunan mara.Semua pelajar perubatan di tempatkan di beberapa tempat untuk memudahkan urusan dan bagi menjamin keselamatan pelajar.Sepanjang revolusi mesrir ni berlaku memang banyak rumor (desas-desus) mengenai kedaan pelajar Malaysia di sini.Di sini aku update kan beberapa maklumat yang berlaku,dan sumber yang aku dapat ini insyaAllah boleh dipercayai kerana dapat daripada pegawai MARA yang menjaga kebajikan anak-anak Malaysia di Iskandariah (Walid)

MAKLUMAT KEDAAN SEMASA RUSUHAN DI MESIR (SIRI 1 AHAD)

1.Status kini

  • Semua penerbangan malam Egpyt Air ke seluruh lokasi dibatalkan.
  • Perintah berkurung pada hari ini berkuatkuasa pada jam 2 petang hingga 8 malam
2.Berdasarkan perkembangan semasa berkaitan dengan rusuhan yang berlaku di Mesir,pihak kedutaan Mesir mengambil tindakan dengan mengarahkan supaya langkah-langkah keselamatan di ambil terutamanya mengenal pasti kedudukan para pelajar dan memastikan keselamatan mereka terjamin.

3.Langkah-langkah ini diambil bagi memastikan seluruh warga PERUBATAN terjamin keselamatannya,terutama pelajar perempuan memandangkan polis- polis mesir sudah tidak lagi bekerja,

4.Para pelajar di letakkan di 3 lokasi khusus ;asrama MARA,Rakoda dan imarah syari' abu nasir.


Friday, December 24, 2010

BOOM tamat..


Alhamdulillah tamat jugak program boom.Aku harap ukhuwah diantara boomate bkekalan.
Actually bnyak benda aku dapat dlm progrm ni.Aku kenal diri aku,kenal kawan2 dll

Fesi:Abg Syak
P.Fesi:Kak Fiza
Ketua Kumpulan:Qarafi Tee
P.Kumpulan:Aqila Yusof

Ahli kump Lelaki
Mirwan,Alif,Mas,Aizat,Faris,Nazeer,Nazmi

Ahli Kumpulan Perempuan
Alin,Aku,Marliana,Aifa,Ily,Sarah,Kinah,Liyana,Sarah,Ili,Fawi




Wednesday, December 15, 2010

Subhanallah...kecanggihan MATA


\Praktikal Physio semalam mengenai special sense (mata).Allah ciptakan mata kita untuk melihat.Tanpa mata dunia akan menjadi gelap.Sungguh nikmat melihat itu sangt lah patut disyukuri,tapi hanya sedikit daripada kita yang bersyukur.Dan untuk menunjukkan rasa syukur,apa kata kita belajar mengenai mechanism of eye agar diri kita lebih dekat dengnnya si Pencipta mata.

Special sensory terbahagi kpd 3:

1.Vision :Photo receptor

2.Hearing :Mechano receptor

3.Taste/smell :Chemo receptor

VISION

(pelajaran hari ini):
a)error of refraction

b)control of diameter

c)colneal,acomodation,reflex

B4 that we suppose to know the related terminology:

opia: vission
anopia: no vission
Emmutropia: normal refraction
ocular: eye
monocular :one eye
binocular :2 eye
diopeter :measurement of refraction

a)Eror of refraction/problem of refraction

Ade beberapa kesalahan bias pada mata menyebabkan pandangan kabur atau pun rabun.

i)myopia = nearsightedness ataupun rabun jauh(orng ni kene tengok dekat baru nampak) =)mcm aku..he2

bagaimana boleh berlaku???

The light focus in front of retina.Cahaya jatuh pada hadapan retina.Seperti yang kita tahu fungsi retina ialah seperti filem camera.

the retina is like a movie screen, which show you the picture you are seeing upside down. the retina converts light rays into electric signals which are sent to the brain. the brain then translates the image into what we call sight.

retina seperti paparan filem, yang menunjukkan gambar anda melihat terbalik
. retina menukar sinar cahaya menjadi isyarat elektrik yang dihantar ke otak
. otak kemudianmenterjemahkan gambar ke dalam apa yang kita sebut penglihatan.

Jadi,apa yang berlaku pada orng rabun jauh ini ialah;paparan cahaya tidak sampai tepat pada retina,tetapi hanya di hadapan retina.Dan untuk melihat dgn jelas orng yg rabun dekat kena pakai lens yang cengkung or we call it concave lens,agar cahaya dapat difokouskan tepat pada retina.
Sila lihat rajah ini:

b)Hyperopia=Farsightedness

Light focusing behind retina.Correct by convex lens.Mechanism nya sama jek degn rabun jauh,terbalikkan sahaja.=)

c)astigmatism: unequal curvature.pandangn kabur

how can happen?

lapisan cornea tidak serata.


lihat rajah sebelah....


Monday, December 13, 2010

Tahun Dua di Mesir

Dah lama aku x update blog aku ni.Tahun 2 ni agak sibuk..*_*
Alhamdulillah,aku kini selamat naik tahun 2 tanpa kertas ulangan(repeat paper).Dengan markah jayyid,aku sangt bersyukur.Ini semua adalah rahmat dan kasih sayang dari Allah.Buat sahabat yang kena repeat,jangan putus asa.Teruskan usaha.Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan Allah tahu dia sanggup menghadapinya.

Sekarang ni dah masuk bulan ke tiga aku berada di sem ke-3.Pantas masa berlalu,selepas ini aku akn masuk ke sem 4.Lagi 2 mnggu exam.Modul kali The power of nervous system.Ceh,xde the power pun.Nervous system jek..Aku tambah the power sebab,bila aku belajar mengenai nervous system ni atau nama bahasa melaya ialah sistem saraf,aku sangat kagum dengan kepantasan dan kcanggihan sistem ini bekerja.Dan apabila sistem ini rosak walaupun sedikit,MasyaAllah ..impaknya sangt besar kepada si pesakit.Contoh penyakit popular yang berkaitan ialah alzheimer,parkinson dll.Ini semua kerja Allah.Sangat rugi jika orang yang mempelajarinya tidak mengaitkan apa yang dipelajarinya dengan si pencipta.Aku akan tunjukkan insyaAllah,serba sedikit mengenai sistem ini.Bersambung..